This is my second day fasting in Tokyo.. Yup! I'm in Tokyo now. I've been meaning to write about my graduation and things that happened in between, but I haven't found the right time and the right mood to do it yet. Yea I know, I'm not a good blogger. Alaaa.. Bukannya ada orang nak baca pun.. ;)
Ezzy baru pindah to a bigger place (I said bigger eh, not big). Rumah kat sini takde besar mananya nak dishowoffkan. So aku diterbangkan kali ini untuk tolong Ezzy settle down before Eizwan datang. Eventho it’s quite a small house but it’s a lovely place with a nice view. I’m so excited to turn this house to a place that we can call ‘home’.
Sampai-sampai sini aku kena isi satu disembarkation form. For the first time aku tulis “Housewife” under the occupation column. Wow.. Lainnya rasa. Hmmm.. Rasa pelik sikit. Macam tak berapa best. Bila aku cerita dengan Ezzy, dia cakap “Kenapa pulak nak rasa macam tu, itulah pekerjaan paling mulia di dunia..” Betul ke? Ke Ezzy saja nak sedapkan hati aku.. Hehe. Takpe.. Temporary je.. I have my own plan ok.. ;)
Anyway, pagi tadi Ezzy dah start bagi briefing about how to move around and how to do things around here (how to survive actually..). From how to ignore the laundry aunties if they ask anything in Japanese to how to select the word 'English' at the ATM machine. Habis briefing tu, tak pasal-pasal airmata ni terturun dengan sendirinya. For the first time, being an outsider in a new country with unfamiliar people and language finally freaks me out. It finally hits me when Ezzy asked me to buy some fish for our breakfasting meal tonight. Sama ke ikan kat sini dengan Malaysia? Ikan dalam bahasa Jepun apa? Macam mana nak tanya diorang satu kilo ikan pari berapa yen? Macam mana nak cakap dengan diorang yang aku tak faham apa yang kau cakap???
Ezzy bawa aku datang sini so that aku bole tolong ringankan beban dia. Aku bole tolong jaga makan pakai dia. Tolong jaga Eizwan kat sini so that dia ada peluang untuk besarkan anak dia like any other normal fathers. But tiba-tiba aku rasa aku tak mampu nak buat semua tu kalau aku sendiri tak terjaga diri aku. Macam mana aku nak jaga Eizwan macam ni kalau aku sendiri terkontang-kanting. Takkan everytime nak pergi mana-mana nak harapkan Ezzy. Aku rasa aku akan lebih menyusahkan Ezzy bukan menyenangkan.
Everytime ada orang tekan loceng or ketuk pintu rumah masa Ezzy takde, jantung aku macam nak pecah. Memang terasa nak menyorok dalam almari or terjun je. Takut punya pasal. The only thing yang aku tau nak cakap “Sumimasen, watashiwa nihongo wakarimasen..” (Sorry, I don’t understand Japanese). Loser kan? And seriously tak best when everytime tengok TV, especially the funny parts, aku akan gelak dulu (since aku tengok orang tu gelak) then baru aku minta Ezzy translatekan. Bila jumpa kawan-kawan Ezzy lagi tak best. Bila diorang gelak and body gestures menunjukkan they were talking about me, I can only smile. Frustrated sangat sebab tak dapat nak join the conversation. Bolehlah tangkap sikit-sikit sebab dah belajar basic Japanese hari tu. But there’s still a lot to learn. Then on the way balik rumah, baru aku minta Ezzy ceritakan satu-satu benda yang diorang cakapkan.
Sedang aku baring-baring sambil memikirkan macam manala aku nak hidup kat sini, tiba-tiba aku terasa tilam aku bergerak. Dalam kepala tak terfikir benda lain. HANTU!!! Ye la.. Mana taknya, memang terasa macam dalam cerita Exorcist tu ok? Jangan buat perangai geng. Aku seriously tengah takde mood nak layan kau merangkak-rangkak nak tayang rambut kau yang panjang tu geng. Mula-mula tu nak selubung baca apa-apa yang patut, tiba-tiba aku teringat, ayah aku cakap bulan puasa ni hantu jembalang semua kena ikat. Hantu jepun sekali la kan? So aku beranikan diri bangun and tengok keliling. Mak ai! Satu building bergegar ok? EARTHQUAKE! My first earthquake experience in Japan babe! Tiba-tiba aku terasa bodoh. Bole pulak terfikir Cik Kak rambut panjang tu nak kacau aku. Hehe. Then aku menggelabah sorang-sorang. Nak kena buat apa ni? Nak lari turun tangga ke lif? “Jika berlaku sebarang kecemasan, sila gunakan tangga kecemasan”. I think this thing applicable kat sini jugak kan. Ok, tangga seems a good idea. Aku jenguk kat luar, tengok minah-minah Jepun ni la la la je naik basikal. Biar betul. So I decided to call Ezzy. Boleh pulak dia jawab “Itula nama dia gempa bumi babe.. Congrats, your first earthquake experience..” Ish, dia ni. So end up aku sambung baring balik. Hehe. Tak kuasa aku nak menggelabah turun sorang-sorang dengan berbaju tidur.
Apa-apa pun, as I said to Ezzy, this is my part of sacrifice. Aku tau betapa happynya Ezzy when he finally got the offer to work here. Ini memang impian dia dari dulu. As a wife, I know I have to support him. Hopefully Ezzy tak misinterpret apa yang aku lalu sekarang. I will never regret my decision to come here. We’ll go through this exciting chapter like we always do. You don’t have to worry By. I will not give up. Eventhough I know it’s not going to be an easy journey but I promise I’ll find a way to make things right. And I know u’ll always be there for me. I’ll find a way to get my fish even if I have to put a gun on the fishmonger’s head. Aku bercerita ni bukan bermakna aku mengeluh dan mengalah. Tak.. Aku hanya nak merekodkan apa yang aku rasa sekarang so that one fine day, bila aku dah bole survive, aku akan baca entry ni and gelak sorang-sorang tentang kebodohan aku. Maybe time tu jangankan ikan pari, ikan paus pun aku dah tau macam mana nak beli. ;)
Aku nak bercerita pasal pengalaman aku nak mencari tepung gandum. Tapi macam dah panjang sangat pulak entry ni. Nanti petang aku cerita. Hehe.. For now, aku nak turun bawah, cari basikal Ezzy then pergi cari tempat-tempat yang aku sepatutnya pergi. First stop, laundry. Then nak pergi tengok barang-barang untuk decorate my new ‘home’. I know I’m going to like this place. Wish me luck!