Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, June 13, 2016

Ramadhan 2016


Hari ke-8 puasa baru siap Ramadhan chart ni. Bertuah punya Mak. Oklah tu. Niat nak buat dari tahun lepas. 

Puasa di Tokyo bermula dari 2.38 am hingga 7.01 pm. Tak lama pun. Dalam 16 jam setengah macam tu je. Melatih anak-anak berpuasa di tempat orang ni lain sikit cabarannya. Dengan masa puasa yg panjang, kawan-kawan keliling yg tidak berpuasa dan aktiviti sekolah yg sama seperti hari-hari biasa agak menguji ketahanan belas kasihan kitorang as parents. 

Tahun lepas, Eizwan dapat puasa penuh 1 hari je. Eiryan memang tak start langsung. Terkena tahun lepas time peak summer. Agak susahlah. Tahun ni, alhamdulillah cuaca tak teruk sangat. Hujung-hujung nanti baru start panas. Tahun ni nak train lebih sikit. But instead of start puasa pukul 2.38 am, Eizwan akan makan sahur around 6 am. Oklah tu, ikut time Australia. Along the way tu kalau nampak macam dah ok, kitorang akan awalkan sikit-sikit time sahur dia. And we also made a deal with him. Kalau dia puasa 'full day', we will give him 100 yen (RM3.85). This is the first time he'll be getting his own money. He was so excited. Aku tau idea bagi duit as reward puasa ni kurang bagus, but since bukan senang nak mulakan di tempat orang ni, kitorang akan cuba apa sahaja cara.

Preparation for sekolah pulak, Ezzy tulis surat bagi pada cikgu kelas dia, bagi tahu kitorang tengah dalam proses nak train Eizwan puasa tahun ni. Minta tolong asingkan dia dari kelas waktu makan nanti dan tolong monitor progress dia. Aku ada bekalkan bento (lunch) just in case dia tak larat.


Eizwan cerita cikgu dia terkejut bila baca surat tu. Dia kata puasa ni bukan untuk orang dewasa je ke? Eizwan explained to him this is just a training. It's not actually compulsory for children. Then cikgu dia terus announce to the whole class, dalam dunia ni ada orang-orang yg akan berpuasa, tak makan tak minum untuk rasa macam mana susahnya orang-orang yg tak ada makanan. And these people will give their portion of food to the less fortunate. Dalam kelas kita ni, ada sorang yg akan buat macam tu for the whole month, your friend Eizwan. So cikgu dia explain sikit-sikit pasal puasa then minta kawan-kawan semua give support to Eizwan. Bunyi macam the idea of fasting is not something alien to him.

So lunch time, Eizwan akan diasingkan duduk di library dan cikgu dia tak bagi buat aktiviti luar yg heavy. Just stay inside. But budak bertuah ni mana nak duduk diam. Langgar je semua sampai cikgu dia call Ezzy risau. But alhamdulillah so far so good. 700 yen dah ada dalam tabung.


Eiryan lain pulak ceritanya. Kitorang tak plan nak suruh dia puasa pun tahun ni. Dia baru 6 tahun dan agak susah nak minta pelepasan dari kindy untuk asingkan dia dari kawan-kawan time lunch. And dia pun tak nampak gaya boleh berhenti makan. But bila dengar Abang Eiwan akan dapat 100 yen per day, dia dah kelam kabut. So we made an agreement. He has to eat his bento at school and later when he comes back he can starts fasting. So kira half day. Half day, half reward, 50 yen. 

Deal. 

Maka berkira-kiralah dua beradik ni what they can buy if they combine both funds. They were aiming for something bigger. Yeay!

First day dah lingkup.

Balik sekolah, dia marah aku, "Kenapa Mommy buat bento? Eiyan nak try puasa full day. If Mommy letak bento, Eiyan kena makan nanti membazir! But Eiyan makan sikitttttt jeeeeee.." Aik? Aku pulak yg kena. Ok fine. Aku cakap then Eiryan balik ni sambung puasa Mommy bagi chan kira full day.

Sengih. 

Bila aku basuh bekas bento dia, bukannya makan sikit. Yang tinggal tu je sikit. Lepas tu start merengek cakap kat sekolah tadi tak sempat minum air, Eiyan rasa macam tercekik. 

Occayyyyyy. One sip.

Then nampak Leia makan Oreo, dunia dah start bergoyang. Dia pusing-pusing keliling adik dia macam pirana. Datang kat aku trying to negotiate. If makan one bite je kira still puasa ke? Aku dah start naik darah. Aku suruh dia pergi makan je. Bukan aku paksa puasa pun, dia yg nak. Lepas tu nak nego macam Belanda minta tanah. Dia cakap tak nak. Nak 50 yen tu. Baiklah.


Tiba-tiba Eiwan jerit cakap Eiyan makan Oreo senyap-senyap tepi pintu. Maka terbatal lah perjanjian. Dan bermulalah episod merengek 50 yen. Part ni memang aku kejam sikit. Memang aku boleh sangat je bagi 50 yen tu. But he has to learn a deal is a deal. Gua buat pekak je dia punya drama syahdu.

Belum habis kat situ. Malam after berbuka dia tolong kemas-kemas, sharpkan semua pensel abang dia sambil buat dialog sedih, "Maybe if Eiyan tolong Abang Eiwan ni, Mommy will gives my 50 yen." 

Memang tak ahhhhhhhhhhhh.

But I explained to him why I can't give that 50 yen to him. It's just not right. If u really want something, u have to sincerely work for it. A deal is a deal. Tak boleh macam tu. Not fair. Dia faham.

So the next day, he started fasting after school. No more unnecessary drama, no more makan curi. And last Saturday dia berjaya puasa 'full day' tanpa apa-apa drama Korea. Alhamdulillah sekali lagi Allah SWT dah mudahkan perjalanan kami dalam mendidik anak-anak di tempat orang.

Saturday, May 28, 2016

Malaysia menang


Pelari negara berjaya merangkul hadiah pertama hari ni!

Yatta!

Seperti tahun sebelum ini, sokongan padu telah berjaya diberikan dengan tanpa segan silu. Berpakaian serba biru, pekikan yg mungkin agak memalukan negara telah berjaya dilontarkan tanpa sekelumit timbul bibit penyesalan.

Janji tanggungjawab dah dijalankan. Walaupun Eizwan macam nak menyorok belakang pokok.

Beberapa perkara yg menarik perhatian aku sepanjang berhari sukan di tempat orang,

  1. Setiap tahun warna rumah sukan bertukar. Tahun lepas Eizwan kuning. Tahun ni biru. 2 tahun sekali rumah sukan dirombak. Mungkin nak elakkan mereka yg kuat berkampung di bawah satu rumah.
  2. Waktu persembahan 'gymnastics', yang kurus, yang tinggi, yang renek, yang kembang, semua terlibat. Yang 'semangat' sikit bila sangkut tak naik-naik kakinya, cikgu-cikgu datang tolong dan budak-budak lain tunggu sampai dia boleh buat sambil bersorak 'ganbare'!
  3. Lunch time, semua bentang tikar di tempat-tempat yg disediakan dan satu keluarga berpiknik makan bentou/bekal yg dibawa dari rumah.
  4. Piala ada 1. Seketul tu je setiap tahun. Rumah yg menang sahaja dapat. Mungkin nak menggalakkan semangat sepasukan. Bukan fokus pada kemenangan individu. Tiada medal. Hanya riben buat sendiri. Maknanya apa yg KJ cuba terapkan pada budak-budak naik basikal tu betul. Bersukan bukan untuk hadiah. Bukan kerana RM100 juta yg hilang.
  5. Tidak ada hamper setinggi langit ke 7 sebagai hadiah untuk tukang bagi hadiah.
  6. Ucapan penutup, Guru Besar bagi arahan pada semua untuk tunduk dan ucapkan terima kasih pada mereka di keliling kawasan sekolah kerana bertabah dengan kebisingan.
  7. Parents dikerahkan tolong kemas semua. Buka khemah, angkat simpan segala pekakas, susun kerusi. Sekelip mata semua clear, back to normal.
  8. Sekolah keluarkan arahan semua kena datang dengan public transportations. Tidak dibenarkan bawa kereta persendirian. Tiada pengecualian. So takkan ada dialog "Kau tak kenal aku siapa???" dengan pak guard. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas yg akan mengganggu kejiranan. Semua yg datang ikut peraturan yg ditetapkan termasuklah foreigner 2 orang ni walaupun diselitkan sedikit tipu muslihat. Janji masuk pagar sekolah jalan kaki.

Perkara-perkara baru yg boleh dijadikan teladan. Ehhhhhh siapa cakap semua benda elok je kat sini. Ada juga benda yg aku tak puas hati.

Sini tak ada van Milo free.

Oh. Ada satu lagi benda. Ingat tak budak yg panggil Eizwan 'terrorist' tu? Dia jatuh tersungkur tersagat tergolek dog masa lari tadi. Kesian.

Eh betul lah kesian. Ikhlas ni.

Serious.

Ok. Nak pergi bawa pelari negara celebrate. Nak cari hadiah. Dia nak hadiah durian. Tak agak-agak hadiah.

Friday, January 29, 2016

A story about a boy

7 tahun lepas, aku buat keputusan utk lepaskan segala impian dan cita-cita aku sendiri demi utk menjaga suami dan anak-anak sepenuh masa. Bukan satu keputusan yg mudah. Tapi aku percaya kepada hati. 

Tipu kalau aku katakan semunya berjalan lancar selama 7 tahun ini tanpa sekelumit pun timbul rasa adakah keputusan yg aku buat ni betul. 
Tipu kalau aku katakan aku tak pernah rasa teringin nak bekerja semula seperti rakan yg lain, yg makin jauh tinggalkan aku dari segi kerjaya masing-masing.
Tipu kalau aku katakan aku tak pernah sentap bila ada mulut bisa yg persoalkan decision aku utk tidak bekerjaya.
Tipu kalau aku katakan aku tak risau bila ada yg berbangga mengatakan anak-anak ibu yg bekerjaya akan lebih cenderung utk berjaya.

Aku rasa. Aku benar-benar rasa.

Tapi aku percaya Allah SWT Maha Mengetahui. Aku percaya kepada apa yg diaturkan. Aku kuatkan hati. Aku keraskan naluri. Alhamdulillah sepanjang 7 tahun ni, satu persatu hikmah diturunkan supaya aku yakin ini yg terbaik utk aku, Ezzy dan anak-anak.

Semalam diturunkan satu lagi hikmah. Bezanya dari yg lain, semalam kesan dia agak dalam. Hati aku sebagai seorang ibu tersentuh. 

Jumaat lepas, sambil menunggu Eizwan dari sekolah, aku ternampak seorang pakcik tua tengah struggle nak berjalan. Everytime ada org lalu, dia mcm nak tahan ask for help. Bila Eizwan masuk dalam kereta, aku suruh Eizwan pergi tanya Atok tu if he needs any help. Eizwan ckp dia takut. Sebenarnya dalam hati aku pun takut. Nak pergi tanya of course lah kena in Japanese. Setakat tanya ok ke tak memanglah aku boleh. Tapi buatnya dia jawab panjang lebar tolong bawa dia pergi hospital ke, tak pening aku nak cari kamus dewan Jepun. Few minutes jugak aku kena convincekan Eizwan to fight his fear. I told him, Eizwan nak buat something good, kenapa nak takut? (cakap dengan diri sendiri jugak). Finally we made a deal. Mommy temankan Eizwan. So he agreed. He went to that Atok and asked him. Atok tu ckp dia nak kejar bus kat depan tu, tak jauh pun sebenarnya. Dalam 10 meter je lagi. Tapi tengok pada kelajuan dia berjalan, mmg confirm akan terlepas. So aku pun papah Atok tu and Eizwan terus lari minta bus driver tu tunggu kejap. The bus driver decided to meet us half way. Malam tu bila Ezzy balik, Eizwan cerita semua. And he also wrote the story in his 'niki' (daily journal sekolah suruh buat). Aku ingat cerita tu habis kat situ. Rupanya tak.

Semalam, as usual aku pergi ambik dia kat station. Dari jauh aku tak nampak kelibat dia. Ikutkan aku yg lambat sikit. Dalam aku tercari-cari mana budak ni hilang, tiba-tiba ada polis muncul depan kereta terlambai-lambai suruh aku park kereta tepi. Allahhh apa pulak salah aku ni. Bila aku turunkan tingkap, dia tanya, ok tipu, entah apa dia tanya aku pun tak tau. But finally dia faham aku tak faham apa dia cakap, so dia suruh aku tunggu situ. Itu aku faham.

Jantung aku nak pecah. Dengan Eizwan yg tak muncul-muncul lagi. Then dari jauh aku nampak ada kepala budak yg sangat familiar dalam 'koban' (pondok polis). Astaghfirullah. Anak aku tu. Tuhan je lah tau apa yg aku rasa time tu. Nak lari ke sana, tak boleh tinggalkan kereta and Leia kat dalam. Tak pasal kena saman pulak. 5 mins later, polis tu dtg berlari dgn Eizwan. Ok anak aku boleh berlari, dia sihat. Itu pun dah cukup lega. Then polis tu hulurkan something dalam tangan dia. Ada seketul brooch or earing, aku pun tak sure. Then dia point kat Eizwan sambil mention the word "picked up" "police report". Dia tunjuk satu form kat tangan dia sambil tanya nama aku and contact no. Lagi sekali jantung aku nak pecah. Masya Allah, adakah anak aku dah buat benda yg tak sepatutnya? Dah sampaikah masa aku kena deal benda yg tak elok anak aku buat? Kat mana silap aku and Ezzy? Segala persoalan berpusing-pusing dalam kepala. Then aku tanya Eizwan betul-betul apa yg polis ni cakap. Eizwan explained to me while he was waiting for me, he saw something glittering on the floor. So he picked it up and realized it was something valuable. He decided to hand it over to the police. Alahai anak.. So it turned out, my son has done something good and this paranoid Mommy dah nak muntah fikir yg bukan-bukan. ;)

Dalam kereta aku tanya dia, what made him decided to surrender that thing to the police? Dia cakap mula-mula dia takut nak pergi. Jawapan dia seterusnya ni yg buatkan mata aku bergenang,

"Mommy cakap kat Eiwan hari tu, jangan takut if u want to do something good.."

Aku speechless. No word can really describe how I felt that moment. Dia dengar apa yg aku kata. Dia ingat apa yg aku ajar. Dia buat apa yg aku tunjuk. Eizwan berjaya buatkan aku rasa apa yg aku lakukan selama ini sebagai seorg ibu berbalas. Bila aku cerita kat Ezzy, aku burst. Dah lama rasanya tak keluar airmata. Hati dah keras surviving di tempat orang kot. :)

Sejak kebelakangan ini memang timbul beberapa persoalan dalam diri. Adakah aku seorg ibu yg baik, isteri yg taat, anak yg membahagiakan? Dan persoalan-persoalan lain yg biarlah aku dan Dia sahaja yg tau. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui akan segala isi hati setiap satu hambaNya. Diturunkan 'reward'/nikmat dalam pelbagai bentuk utk mengingatkan aku ini adalah yg terbaik diaturkan olehNya. Terngiang-ngiang janji Allah SWT, 

"Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan." (Surah Ar-Rahman, 13)

Eizwan Zarith

Thank you Eizwan for making me one proud mother. 
Thank you Eizwan for making me realized I've done something right.
Thank you Allah SWT for sending me this big 'nikmat'.

One day when u read this, I just want u to know we are so proud of u son. You managed to fight your fear. I know it was not easy. But u did it. Perjalanan Eizwan masih jauh. Our prayers always be with u. Semoga Eizwan menjadi anak yg soleh, abang yg terbaik kepada adik-adik dan insan yg mulia diberkati Allah SWT dunia dan akhirat. 

But next time can we do something nice that doesn't involve the police? Nak pecah jantung Mommy.

p/s Aku juga kagum dengan polis yg handle 'kes' Eizwan tadi. Aku tak rasa benda yg Eizwan buat tadi tu smpai perlu buat report semua. But maybe polis tu nak tunjuk pada Eizwan, what Eizwan did just now is something big and he appreciated it. 

Wednesday, May 13, 2015

School (part I): Intro to sawang

Hello hello!

Tiba2 keinginan utk tulis blog tu dtg balik. Kenapa tah. Maybe sbb baru2 ni my 1st born dah masuk Standard 1. So I really think I should share our experience. Kalau takde org nak baca pun at least utk aku baca bila aku dah muda balik nnti.

STANDARD ONE??!! Damn.

Dah sebulan lebih Eizwan start sekolah. Sini sesi persekolahan start bulan April. So kids yg lahir January to March that year akan masuk sesi yg sebelum tu. Satu lagi pengalaman baru di bumi Jepun ni. Aku tau aku kena tulis pengalaman duduk kat sini. Everytime ada big event aku mesti gatal mulut pg ckp dekat Ezzy, 

"I think I should write this in my blog.." 

dan disahut dgn "Dah banyak kali ckp mcm tu kot..". 

Cis. Ni dah masuk tahun ke 6 duduk kat tempat org tapi blog still bersawang. Haih. But kat mana aku nak korek masa utk duduk mengadap laptop ni? Dari hari ke hari aku cuba sebenarnya. One word a day pun jadilah. Hampas. Everyday aku berangan, 

"Ok, make sure hari ni siapkan semua kerja cepat then boleh sit down tulis blog.." 

Who am I kidding?? Siapkan kerja?? Pernah siap ke?? Memang taklah. Dah banyak kali kena tipu. Nampak mcm dah nak habis......... sikit lagi........ sikit lagi........

"Mommy! Abang Eiwan tumpahkan milk kat kitchen!" Mengemop satu floor. Ok, almost........ almost........

"Oh mannnnnn.. Eiyan tak sempat.." Basah seluar and toilet mat. Membasuh pulak. Ok, dah siap. On laptop, tarik kerusi....

"Mommy! Eiyan pukul Eiwan dgn Triceratops (haaaa.. Itu nama anak angkat aku yg baru)." Diikuti dgn pekikan dari mak gorilla. Makanya kena masuk mahkamah pulak jadi judge. Sesi mahkamah satu hal. Belum lg drama bila hukuman dijatuhkan. Then sesi kaunseling pulak.

Then duduk balik depan laptop. Baru nak tarik nafas, Cik Leia pulak tarik tangan nak susu. Habis bg susu, machine pulak berbunyi. Keluarkan 1 load masuk another load. Dah tu takkan nak tengok je kain2 tu masuk almari sendiri. So lipat, gantung, bla bla bla. So from satu kerja ke satu kerja, tengok2 dah pukul 9.30 mlm, time utk tidurkan 3 manusia kecik ni. Makanya pergi balik ke laptop, gerakkan cursor ke shut down, terkuburlah satu hari lagi niat nak update blog.

Lately ni time tu mcm makin ada. At least until the boys come back from school la. Lepas tu dlm keadaan rumah yg huru-hara mcm dlm zoo, jgn haraplah aku nak pegang laptop. Leia pun dah pandai masak. Dia masak macaroni from last month tak siap2 lagi. Dah pandai duduk diam2 layan DVD. So ok lah. Usually aku akan habiskan semua basic routines; mandikan kids, buat bento, breakfast, kemas bilik, laundry, before hantar Eiryan to kindy. So after balik tu, aku dah boleh sit down buat kerja lain. Oh aku pun tgh usahakan a small business, so lagilah huru-hara kan. Eh sebelum itu, aku update sikit pasal family aku walaupun takde org tanya. 

1. Tahun ni aku 35 years old young. Perggghhhh mudanyaaaa.. Oh shaddappp.

2. Anak aku dah 3 org. Yup. Jaja yg dulu boleh terfikir boleh pregnant ke aku ni, dah 3 org anak dia. :P Aku ganas dulu. Dengan Taekwondo, berlari, melompat, memanjat pokok, tergolek masuk longkang, main futsal, pendek kata (aku sedar aku tak berapa nak tinggi), segala aktiviti yg tidak mencerminkan keperempuanan aku buat. So mestilah risau. Sampai sekarang, everytime cakap pasal jumlah anak-anak yg aku ada ni dgn Mak, dia mesti keluarkan statement 

"Itulah. Dulu sikit punya risau takut tak boleh pregnant. Haaaa now? Ambik kau." 

Dush kepala sendiri. So Leia tu adalah anak aku yg no. 3. Bukan anak jiran sebelah. Nama penuh Cik Leia, Eiliyah Zahra. Nanti bila aku ada masa aku cerita pasal kehuru-haraan Cik Leia dikeluarkan melihat cahaya dunia. Eceh.

3. Tahun ni tahun ke 6 duduk di negara org (aku tau dah cakap tadi tp saje nak bg post ni nmpak panjang). Eizwan 7 yo. Esok. Yup birthday dia esok tapi Mommy la la la tak fikir nak buat apa lagi. Eiryan 5 yo next month. And my princess Leia this Dec 2 yo.

Semua betul except for Eizwan. ;)

Ok esok or lusa or next year sambung. Nak pg ambik Eiryan. The boys dah balik jangan harap aku nak pegang laptop.

TTFN.

Wednesday, March 25, 2015

Dulu aku tak tau

Kegembiraan seorang ibu dan ayah menerima 
perkhabaran cahaya mata pertama.
Dulu aku tak tau.

Kesengsaraan seorang ibu membawa kandungannya 
selama 9 bulan dan melahirkan nyawa.
Dulu aku tak tau.


Kepayahan seorang ayah ke hulu ke hilir mengendong 
membesarkan seorang permata.
Dulu aku tak tau.


Kepenatan seorang ibu dan ayah mencari rezeki untuk
sediakan yg terbaik untuk anaknya.
Dulu aku tak tau.

Kerisauan siang dan malam seorang ibu apabila anaknya
sakit melanda.
Dulu aku tak tau.

Ketakutan seorang ayah apabila anaknya
leka di luar sana.
Dulu aku tak tau.

Kemarahan seorang ibu dan ayah apabila anaknya
melakukan perkara yg bakal merosakkan masa depannya.
Dulu aku tak tau.

Kesedihan seorang ibu dan ayah apabila anaknya
menghiris hati mereka dengan perbuatan dan kata-kata.
Dulu aku tak tau.

Kelegaan seorang ibu dan ayah apabila anaknya
menjadi seorang insan akhirnya.
Dulu aku tak tau.

Kesyukuran seorang ayah apabila anaknya
menundukkan kepala sujud kepada Maha Pencipta.
Dulu aku tak tau.

Hari ini umur aku 35 tahun.
Aku juga seorang ibu.
Akhirnya aku tau.

Mak dan Ayah.
Terima kasih untuk semuanya.
Ampunkan segala yang terluka.
Halalkan yang menjadi darah dan daging ja.

Doa ja sentiasa semoga Allah SWT memelihara Mak dan Ayah sebaik-baiknya dunia dan akhirat sepertimana Mak dan Ayah 35 tahun dulu memegang erat seorang cahaya mata yang pertama.