Monday, June 13, 2016

Ramadhan 2016


Hari ke-8 puasa baru siap Ramadhan chart ni. Bertuah punya Mak. Oklah tu. Niat nak buat dari tahun lepas. 

Puasa di Tokyo bermula dari 2.38 am hingga 7.01 pm. Tak lama pun. Dalam 16 jam setengah macam tu je. Melatih anak-anak berpuasa di tempat orang ni lain sikit cabarannya. Dengan masa puasa yg panjang, kawan-kawan keliling yg tidak berpuasa dan aktiviti sekolah yg sama seperti hari-hari biasa agak menguji ketahanan belas kasihan kitorang as parents. 

Tahun lepas, Eizwan dapat puasa penuh 1 hari je. Eiryan memang tak start langsung. Terkena tahun lepas time peak summer. Agak susahlah. Tahun ni, alhamdulillah cuaca tak teruk sangat. Hujung-hujung nanti baru start panas. Tahun ni nak train lebih sikit. But instead of start puasa pukul 2.38 am, Eizwan akan makan sahur around 6 am. Oklah tu, ikut time Australia. Along the way tu kalau nampak macam dah ok, kitorang akan awalkan sikit-sikit time sahur dia. And we also made a deal with him. Kalau dia puasa 'full day', we will give him 100 yen (RM3.85). This is the first time he'll be getting his own money. He was so excited. Aku tau idea bagi duit as reward puasa ni kurang bagus, but since bukan senang nak mulakan di tempat orang ni, kitorang akan cuba apa sahaja cara.

Preparation for sekolah pulak, Ezzy tulis surat bagi pada cikgu kelas dia, bagi tahu kitorang tengah dalam proses nak train Eizwan puasa tahun ni. Minta tolong asingkan dia dari kelas waktu makan nanti dan tolong monitor progress dia. Aku ada bekalkan bento (lunch) just in case dia tak larat.


Eizwan cerita cikgu dia terkejut bila baca surat tu. Dia kata puasa ni bukan untuk orang dewasa je ke? Eizwan explained to him this is just a training. It's not actually compulsory for children. Then cikgu dia terus announce to the whole class, dalam dunia ni ada orang-orang yg akan berpuasa, tak makan tak minum untuk rasa macam mana susahnya orang-orang yg tak ada makanan. And these people will give their portion of food to the less fortunate. Dalam kelas kita ni, ada sorang yg akan buat macam tu for the whole month, your friend Eizwan. So cikgu dia explain sikit-sikit pasal puasa then minta kawan-kawan semua give support to Eizwan. Bunyi macam the idea of fasting is not something alien to him.

So lunch time, Eizwan akan diasingkan duduk di library dan cikgu dia tak bagi buat aktiviti luar yg heavy. Just stay inside. But budak bertuah ni mana nak duduk diam. Langgar je semua sampai cikgu dia call Ezzy risau. But alhamdulillah so far so good. 700 yen dah ada dalam tabung.


Eiryan lain pulak ceritanya. Kitorang tak plan nak suruh dia puasa pun tahun ni. Dia baru 6 tahun dan agak susah nak minta pelepasan dari kindy untuk asingkan dia dari kawan-kawan time lunch. And dia pun tak nampak gaya boleh berhenti makan. But bila dengar Abang Eiwan akan dapat 100 yen per day, dia dah kelam kabut. So we made an agreement. He has to eat his bento at school and later when he comes back he can starts fasting. So kira half day. Half day, half reward, 50 yen. 

Deal. 

Maka berkira-kiralah dua beradik ni what they can buy if they combine both funds. They were aiming for something bigger. Yeay!

First day dah lingkup.

Balik sekolah, dia marah aku, "Kenapa Mommy buat bento? Eiyan nak try puasa full day. If Mommy letak bento, Eiyan kena makan nanti membazir! But Eiyan makan sikitttttt jeeeeee.." Aik? Aku pulak yg kena. Ok fine. Aku cakap then Eiryan balik ni sambung puasa Mommy bagi chan kira full day.

Sengih. 

Bila aku basuh bekas bento dia, bukannya makan sikit. Yang tinggal tu je sikit. Lepas tu start merengek cakap kat sekolah tadi tak sempat minum air, Eiyan rasa macam tercekik. 

Occayyyyyy. One sip.

Then nampak Leia makan Oreo, dunia dah start bergoyang. Dia pusing-pusing keliling adik dia macam pirana. Datang kat aku trying to negotiate. If makan one bite je kira still puasa ke? Aku dah start naik darah. Aku suruh dia pergi makan je. Bukan aku paksa puasa pun, dia yg nak. Lepas tu nak nego macam Belanda minta tanah. Dia cakap tak nak. Nak 50 yen tu. Baiklah.


Tiba-tiba Eiwan jerit cakap Eiyan makan Oreo senyap-senyap tepi pintu. Maka terbatal lah perjanjian. Dan bermulalah episod merengek 50 yen. Part ni memang aku kejam sikit. Memang aku boleh sangat je bagi 50 yen tu. But he has to learn a deal is a deal. Gua buat pekak je dia punya drama syahdu.

Belum habis kat situ. Malam after berbuka dia tolong kemas-kemas, sharpkan semua pensel abang dia sambil buat dialog sedih, "Maybe if Eiyan tolong Abang Eiwan ni, Mommy will gives my 50 yen." 

Memang tak ahhhhhhhhhhhh.

But I explained to him why I can't give that 50 yen to him. It's just not right. If u really want something, u have to sincerely work for it. A deal is a deal. Tak boleh macam tu. Not fair. Dia faham.

So the next day, he started fasting after school. No more unnecessary drama, no more makan curi. And last Saturday dia berjaya puasa 'full day' tanpa apa-apa drama Korea. Alhamdulillah sekali lagi Allah SWT dah mudahkan perjalanan kami dalam mendidik anak-anak di tempat orang.

No comments: