Sunday, April 28, 2013

Kerana Politik

Kerana politik,
sahabat tidak bertegur sapa.

Kerana politik,
saudara seagama mendoakan cacat cela.

Kerana politik,
bidadari lupa malunya.

Kerana politik,
bidadara hilang gentleman nya.

Kerana politik,
aib berada di mana-mana.

Kerana politik,
maki hamun santapan biasa.

KERANA POLITIK.



Cepatlah 5 Mei. Semoga semua rapat semula.