Sunday, October 19, 2008
Siapa salah? Siapa betul?
Aku salah ke mereka salah? Aku betul ke mereka betul? Ke dua-dua salah? Ke dua-dua betul? Hmmm.. Manusia ni pelik. Ada yg hipokrit. Ada yg selfish. Ada yg bodoh. Ada yg pandai. Ada yg kiasu. Aku rasa aku bodoh. Bodoh kerana dari dulu smpai sekarang aku tak pandai menilai siapa kawan dan siapa haram jadah. Aku selalu fikirkan alasan utk orang kenapa mereka berperangai mcm tu. Maybe dia penat, sbb tu dia buat perangai mcm tu. Maybe dia byk kerja, sbb tu dia mcm haram jadah. Perkataan maybe tu mmg favourite word aku dari dulu. Tukang create excuses for other people's shit. Aku selalu fikir benda positive pasal orang. Kebaikan orang. Sometimes aku wonder, why should I? Life diorang, lantakla diorang nak melingkup pun. But, the sad truth is I can't. Aku susah nak marah orang and that's why some people like to take advantage of me. Tapi family aku tau, kalau sekali aku marah, segala benda melayang. Tumbuk orang pun bole. Manusia memang pelik. Orang yg baik hati selalu ditindas. Orang yg jahat mulut, ramai je kaki kipas yg bodoh nak ikut. Perasan tak? Sebab manusia takut ke? Hmmm.. Ezzy, mak aku and Alia, selalu advice aku untuk jadi selfish sikit. Tak payah fikir pasal orang lain. Buat je hal sendiri. Believe me, I'm trying. Memang itu la masalah aku dari dulu. Tapi itu ke jawapan utk kepelikan manusia ni? Semua orang jadi selfish? So kesimpulannya Jaja.. Be selfish. Be evil. Baru ada orang2 bodoh datang kipas. Panas jugak sekarang ni. Best jugak kalau ada orang kipaskan. Zaman sekarang ni susah nak cari kawan sejati. Semua berlumba nak jadi yg terbaik. No more sharing. No more I give u, u give me. Survival of the species. Species apa? Species hipo. Not hippopotamus but hypocrite. Manusia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
i'm the first...
Ja, pendapat aku, memang sesekali kau kena jadi selfish. Kawan sejati memang payah nak cari. Jangan sesekali menganggap kawan itu adalah sejati. Kadang2 hidup kita kena pentingkan diri sebelum kita pentingkan orang lain. Erti kata, jaga perasaan sendiri. Memang kita rasa tidak mahu menyakiti hati orang tapi, adakah orang lain (kawan) akan jaga perasaan kita?
Sebolehnya Ja, kita kena ada satu ruang untuk kita letakkan ego kita untuk suatu masa yang sepatutnya. Kita perlu. Jika tidak kita ditindas. Jangan terlalu baik terhadap kawan walaupun aku tahu kau memang baik. Adakalanya kita kena redha yang diri kita tidak boleh jadi sempurna dalam berkawan.
Fikir-fikirkanlah...
Ja, aku pon rase camtu. bak kata pepatah, buat baik berpada-pada (so that org x ambil kesempatan), tp buat jahat jgn sekali. (biarlah org nak buat jahat kat kite, tp jgn plak kite balas, nnt kite pon same jd mcm org tu). hehehhe...
Dina and Effa:
Thank u so much for the thoughtful advice. Aku mmg cuba sgt2 nak fikirkan diri sendiri je. But sometimes without me realizing it, aku terbalik pada perangai lama. Kesian kat org tu, kesian kat org ni. Hmmm.. It takes time I guess. Please don't get me wrong. Aku tak kata aku ni baik sgt. Dalam kes ni lebih kepada bodoh than baik. In certain situation aku pun ada penyakit hipo tu. Sbb aku takut bila aku berterus terang, I might hurt someone. Anyway, thank u. Really appreciate it. Aku doakan Dina and Effa sentiasa di dalam golongan kawan sejati..
listen to ur mom...
pada aku kan... kalau orang buat jahat aku takkan balas... tapi aku tahu ada orang lain yang akan 'membalasnya' untuk aku. just wait n see je... segala kejahatan tu Tuhan bayar advance secara tunai...
My dearest Jaja,
Memanglah dari kecik mak ajar jangan buat orang, berdosa....kena jaga hati orang, tapi Ja, kadang-kadang we have to be fair to ourselves, right?.
They really don't have the right to decide what is right and what is wrong FOR you. Who are they?. Mak yang jaga Jaja,kan?....but again Jaja dear sometimes in certain circumstances, without us realising it,we become somebody else's 'slave'. Itu dinamakan 'jodoh'..(bukan jodoh dengan Ezzy)...jodoh dengan orang yang rasa dia besar (besar segala-galanya besar...kepala besar,nafsu besar,otak jahat pun besar....) tapi tak mengapa, kan kita belajar dalam counselling, these type of people are actually orang-orang yang 'tiada' dalam diri mereka, so in order to appear big and important, diaorang guna lah defend mechanism dia....cari lah mangsa-mangsa (macam Jaja yang baik ni), untuk dia tunjuk lagak....
Macam mak kata pada Bob lah....si Luncai terjun dengan ego-ego mereka!!...jawab lah... biarkan-biarkan....
Anggaplah apa juga yang kita lalui dalam kehidupan adalah satu ujian bagi kita umatNYA. Tapi dalam masa yang sama try to 'let go'...or 'let it pass' you because orang-orang macam ni tidak layak langsung 'singgah' in our mind!....ok girl?
Love you a lot! from us
Ayah, mak, Ayen, Bob, Syith, adik and bibik! hehe....
just be urself.. :)
aiseh, ada jugak cerita pasal bob ni??
luncai pon luncai lahh..
selamat menjadi survivor!
my advise to you...saman je!!heheheh..
hi Ja, babah dini zikri ni mentang2 dia lawyer, asyik nak menyaman orang je......
happens all the time kan menda2 gini....
haf to agree wif ur mom....
ps:sorry menerjah masuk tanpa salam....
assalamualaikum:P
wow best nya...mak u komen. klu my mom retila bukak blog i n komen2 seme, mmg pengsan la! hahahah
Ja, prinsip aku plak simple je tapi itu lah aturan alam yang fana ni. Allah jadikan setiap sesuatu tu bersebab, Yang baik, maka baiklah balasannya. Macam tu gak sebaliknya. Allah kan Maha Adil lagi sempurna.
Post a Comment