Thursday, March 26, 2009

The Aftermath..

This is going to be a long entry.. Last nite masa aku tulis the last entry tu, aku bayangkan itu je la penutup hari kelahiran aku. I didn't expect anything special to happen. Alaaa.. Dah tua kan.. But Lyn (my roommate) and the rest of the housemates gathered in our room and we had pizza as to replace my birthday cake. Even I don't get the chance to blow any candles this year (sah2 tak bole nak stick candles on top of a pizza kan..) but I had a great time last nite. Thank you girls..

Since I am so head over heals with 'True Love' by Fuji Fumiya and Kimu Take (I've put the clip in my last entry) I told Ezzy if he has a guitar, it would be great since he could play that song for me. Ezzy has been aiming to get this Ibanez electric guitar since last month. But he's not sure whether it's a good idea to spend on a guitar. Few times I tried to talk him to get one. Dia cakap, "Nantila k.." :(

Back to the story, after habis makan semua, aku sambung buat kerja. Then dia call kat Skype..

Me: Baby pergi beli barang apa tadi? Lambatnya online..

Dia: Nak tengok?

Tengok dia sengih lain macam. Aku rasa aku tau apa, so aku pun sengih..

Dia: Apa sengih2?

Me: Mana ada sengih..

Dia: Tarrrraaaa..

Guitar!!!! Bestnya!! Ok.. Ada jugak kitorang berdua terfikir kenapa birthday aku dia pulak beli guitar. Tapi tak kisah.. Sebab memang aku suka sangat dengar bunyi guitar.. So he ended up playing the guitar and sang to me the whole night. Yes, he even played the song that I requested, True Love.. Hmmm.. ;)

Around 2 am, dia suruh aku tengok blog.. Pelik.. Bila aku buka, this is what I got for my birthday..

hi babe..happy birthday dear..
moga menjadi isteri solehah, anak yg taat n super mummy :-)

ji ada create new song but melodi still under construction :-)
mcm sinambungan dr the previous Sakura song..untitled but ingat nak letak Sakura II hehe..
sori tak sempat siap..tgh touch up siket so kena tunggguuuuuuuuu....

Terlena ku dibuai angin dingin,
Sayup hati menikmati,
Keindahan wajahmu,
Yang menyejuk mata,
Menghias jiwa,

Senyummu bertebaran,
Merah, putih, hijau, kuning,
Berhembus angin dibawa menari,
Mencorak negeri mentari jingga,
Mekar merimbun di bulan ketiga,

Khabarkan padaku,
Wahai angin musim bunga,
Bahawa dia yang tercantik,
Di antara segala makhluk,
Dialah Sakuraku,
Kau darahku kaulah nafasku,
Kau jantung kaulah nadiku,
Kau jiwa kaulah nyawaku,

Meski masa membatasi,
Terentang luas..
Laut, pulau dan gunung,
Kau kan kembali lagi,
Sakuraku pengikat rindu,
Menguntum subur di halaman kasih.

March 26, 2009 2:57 AM

I was speechless.. Go ahead, role your eyes.. But this is just way too good to be true for me.. I am just another ordinary girl. Sometimes I feel that I don't deserve this kindness. Yup! I am one confused girl with severe inferiority complex..

God really works in a miracle way that we human just have to wait and have faith. Today, I am so grateful to be alive as me.. And to my dearest husband, thank you so much.. I love you with all my heart and soul..

Wednesday, March 25, 2009

29 tahun bernafas..

Kyouwa watashino tanjoubi desu.. ;)

29 tahun yang lepas, pada hari ini, malaikat telah menghembuskan roh ke satu jasad kecil.. Jasad kecil itu adalah aku..

Iye.. Hari ni adalah hari di mana aku diletakkan di atas dunia. Tahun ni tahun terakhir aku menjadi seorang 'young adults'. Tahun depan angka 2 di depan akan ditukar kepada 3. Tak pernah ada orang bagitau aku yang masa akan berlalu sepantas ini. Seperti semalam rasanya aku dengan riang tirananya menyambut kelahiran yang ke 20 dengan kawan2 seperjuangan. Hmmm.. Tahun ni? Sedih? Tak kuasa dah aku nak layan.. ;)

On the bright side, I had 3 '12 o'clock' wishes.. First, pukul 12 (Adelaide time), kawan2 kat sini and my sister wish. I was hoping that Ezzy will be the first one to wish me. But pukul 1 dia call, dia buat tak tau. Uhuk! Dia lupa.. Tidurlah.. Then, 1.30 dia call lagi..

"Babe.. It's 12 am here in Japan.. So, Happy Birthday Baby.."

Ihiks! Dia ingat rupanya. Apalah Jaja ni. Fikir yang bukan2. ;) Then, sambung tidur lagi.. La la la.. 2.30, my mom text me, "Happy birthday from all of us at home" Hmmm.. Best jugak macam ni.. Hehe. Just imagine if I have someone to wish me in each time zone. Cool eh? But then, bila aku nak tidur? Errr..

So apa manusia 29 tahun ni buat hari ni?

Pagi aku bangun, dapat sms from Ezzy.. "Hey birthday girl.. Gudmorning.."

Girl ke lagi? Hehe. Then pergi kelas macam biasa.. Nothing special. Sama je rasanya macam hari2 biasa. Sementara tunggu my next class, teringin nak makan cake. Went to the cafe, got myself a slice of chocolate cake, balik rumah, on laptop, nyanyi lagu birthday kat diri sendiri then makan cake. Then sepanjang hari layan clip ni sambil pura-pura fokus buat kerja..



Itulah manusia 29 tahun ni buat sepanjang hari ni.. Tapi nak tau satu benda? When I read all the wishes either kat Facebook, blog or phone, aku rasa macam aku tak celebrate sorang2. All my friends are here with me.. ;) So, thank you for all the kind wishes.. U guys are simply the great!

Tuesday, March 24, 2009

Merah Puteh

Hello.. Aku tengah menyibukkan diri with assignments and all.. Plus, I have no idea what to write. Ezzy has been pressuring me to update my blog. Eeee.. Rindu cakap je la rindu.. Hish!



Ni kira update la jugak kan?

Tuesday, March 17, 2009

Mengeluhkah?

Hari ini aku penat..
10 tahun mengejar sekeping kertas..

Semakin mampir aku di garisan penghujung,
Semakin hati aku resah..

Kenapa tiba-tiba kehidupan terlampau baik pada aku?
Mungkin ini hanya satu lagi acahan hidup?

Berbaloikah nanti pengorbanan yang disuakan?
Adakah aku akan tersenyum, menangis?

Putus asa bukan perkataannya,
Janganlah kamu dunia melontar tafsir atau menghukumi aku,
Aku hanya penat..

Beri aku masa..
Beri aku peluang..

Hari ini aku tidak mahu menjadi seorang ibu yang cekal..
Hari ini aku tidak mahu menjadi sang isteri yang tabah..
Hari ini aku mahu menangis..
Aku penat..

Sunday, March 15, 2009

Miskon..

Aku tengah baca Politics of Contemporary Asian (lagi..??). Tiba-tiba aku ternampak satu gambar yang buatkan aku terus berhenti membaca dan tersengih sorang-sorang..

Yosuke Matsuoka..
Class A War Criminals..
He's one of the evil 'kepala hantu' during the WWII..

Adolf Hitler..

Soalan exam..
Apakah persamaan di antara mereka bertiga..?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Seriusly aku tak faham apa yang cantik sangat buat macam tu.. Heh heh.. Aku tengah bosan tahap maximum..

Tuesday, March 10, 2009

Hell Bento!


Hari ni aku tengok cerita Hell Bento untuk kelas Politics of Contemporary Asian. Aku pernah dengar cerita ni sebenarnya. Tapi tak pernah la tengok. Kalau tak silap ada sedikit controversy tentang apa yang disampaikan. Actually dia bukan cerita, it's a 57 mins documentary. Bercerita pasal underground Japanese. Dengan lampu tertutup, nasib baik aku tak berlayar ke Jepun terus. Mula-mula excited jugakla. Cerita pasal Jepun kan. Konon-konon balik ni boleh aku berlagak sikit dengan Ezzy. Teeeeeeeeeetapi.. The first 5 mins je aku berjaya tegak 90 darjah, lepas tu dah hampir ke 45 darjah. Kira ok la tu.. Mat Saleh yang lain siap dah cium meja.. Bila lecturer buka lampu, ramai yang coverline lap-lap meja. Siapa cakap Mat Saleh ni pandai?

Dalam Hell Bento tu adala tunjuk few places yang aku pernah pergi. Sekali je.. Tiba-tiba aku rasa nak mula bercerita pasal trip aku pergi berjumpa Ezzy hari tu. Bukan aku tak nak cerita awal-awal. I just don't want others to think that I like to brag. Especially I went there to see my HUSBAND kan.. Lagi la ringan mulut-mulut 'anonymous' nak mengata aku. So thats why I hold back the idea first. But now aku rasa nak bercerita pulak sebab nanti one sweet day, when Eizwan is big enough to read, at least he can read the exprience his mother went through, right? Lagi pun, this is my space. I should have the freedom to let go anything out of the system. So.. Tomorrow aku start cerita. Hahaha. Punyala panjang lebar menegakkan kebenaran..

Sunday, March 8, 2009

Autumn dan semut

It's autumn. The weather is little bit complicated. Sometimes it rains all day with strong wind. But most of the time, beautiful sunny day. Since autumn is a season right before winter, semua binatang dan serangga sibuk bekerja mengumpul stok makanan for the coming winter. Kat rumah ni, semut tengah banyak sangat berkeliaran. Tiba-tiba aku teringat cerita 'Ants'. Mesti diorang ni tengah kelam kabut nak kumpul sebanyak mana makanan yang ada. Semut-semut kat sini lagi ganas. At least kat Malaysia kalau food bersepah-sepah or air tumpah baru la semut-semut ni akan sibuk datang. Tapi semut-semut Adelaide ni aku tak tau apa logic dia, periuk yang dah basuh bersih sebersihnya pun diorang ada. Apa yang dibawa balik ke sarang hasil dari mengorek periuk yang bersih eh? Sometimes dekat tempat letak sabun basuh pinggan pun diorang boleh ada. Bukan sabun tu adalah pembersih segala kekotoran? Lepas tu bila diorang balik, semut-semut ni nak cakap apa pada Si Permaisuri? "Yang Di Pertuan Permaisuri, kami ada bawa balik sabun untuk mencuci." Erk! Tak kena lempang ke?


Walaupun sedikit sebanyak cerita 'Ants' tu telah berjaya memberikan aku satu perspektif lain and menambahkan belas kasihan aku pada semut-semut, tapi tidaklah sampai aku nak tunggu 6 jam untuk seangkatan semut-semut ni beredar dari periuk aku kan. Woooosssshhh.. Selamat jalan.. Sampaikan salam pada Nemooooooo..


On a different topic, hari ni baru masuk hari ke 9 aku kat sini tapi aku dah pun sibuk nak booking flight ticket nak balik. Hehe. Nasib baik ada MATF tu so dapatlah aku balik jumpa Ezzy and celebrate Eizwan's first birthay. Insya Allah..

Ada sekali tu, entah macam mana boleh terlayan National Geographic. Orang tu cakap benua Australia ni actually beribu-ribu tahun lepas ada kat bawah sana, dekat dengan kutub selatan, but now disebabkan benua ni bergerak ke atas 5 cm setiap tahun, dia dah ada dekat dengan Asia. Tiba-tiba otak aku terfikir, kalaulah dia gerak cepat sikit, tak payah aku susah payah naik flight nak balik. Boleh langkah je. Hehe. But according to researchers, there is possibility that one fine day, benua Australia ni will merge with Indonesia and Malaysia. Tapi berjuta-juta tahun akan datangla. Huh! Aku pun dah reput time tu..

Saturday, March 7, 2009

Love me tender..

Last nite my 'cinta hati' dedicates this song to me. It's an old song by Elvis. Some of you might think it's kinda corny, but as for me, I was touched.. When you're apart from your loved one, a simple gesture can do magic to your heart.. I really miss my two babies..



Love me tender,
Love me sweet,
Never let me go.
You have made my life complete,
And I love you so.

Love me tender,
Love me true,
All my dreams fulfilled.
For my darlin I love you,
And I always will.

Love me tender,
Love me long,
Take me to your heart.
For its there that I belong,
And we'll never part.

Love me tender,
Love me dear,
Tell me you are mine.
Ill be yours through all the years,
Till the end of time.

(When at last my dreams come true
Darling this I know
Happiness will follow you
Everywhere you go).


Thank you so much baby.. We've been married for almost 2 years, you've been nothing but a wonderful soul mate to me..

Saya rindukan suami saya..

Monday, March 2, 2009

Bye..

Selamat tinggal Malaysia..
Welcome back Adelaide..

Aku dah sampai Adelaide.. Nangis? Of course! Hehe. Mula2 aku hampir berjaya. Hati masih berjaya dikebalkan. "Kejap je, kejap je, kejap je.." otak aku berkata sendiri, tegar menahan airmata. Dengan machonya aku salam ayah, mak, adik2, kiss Eizwan banyak kali, still maintain lalalalala.. Ok. So far so good. "Kejap je, kejap je, kejap je.." Tak putus2 aku convincekan diri supaya jangan buat drama lagi. Then aku angkat beg, terus jalan masuk. Silap dia? Aku pusing belakang. The moment aku nampak muka Eizwan hulurkan tangan sambil mulut dia "Ma.. Ma.. Ma..", hati aku rabak serabak-rabaknya.. Airmata yang berjaya aku simpan selama beberapa hari turun macam hujan. Aku patah balik, kiss Eizwan lagi sambil mulut terus bertukar "I almost did it, I almost did it, almost, almost.." Yup! Almost! ;)

No matter how much I hate saying goodbye, I know I still need to go through it. I cannot run, I cannot hide and definitely I cannot negotiate. This too shall pass. At least this time aku tak menangis sepanjang2 jalan, smpai pegawai imigresen tengok aku pun serba salah. ;)