7 tahun lepas, aku buat keputusan utk lepaskan segala impian dan cita-cita aku sendiri demi utk menjaga suami dan anak-anak sepenuh masa. Bukan satu keputusan yg mudah. Tapi aku percaya kepada hati.
Tipu kalau aku katakan semunya berjalan lancar selama 7 tahun ini tanpa sekelumit pun timbul rasa adakah keputusan yg aku buat ni betul.
Tipu kalau aku katakan aku tak pernah rasa teringin nak bekerja semula seperti rakan yg lain, yg makin jauh tinggalkan aku dari segi kerjaya masing-masing.Tipu kalau aku katakan aku tak pernah sentap bila ada mulut bisa yg persoalkan decision aku utk tidak bekerjaya.
Tipu kalau aku katakan aku tak risau bila ada yg berbangga mengatakan anak-anak ibu yg bekerjaya akan lebih cenderung utk berjaya.
Aku rasa. Aku benar-benar rasa.
Tapi aku percaya Allah SWT Maha Mengetahui. Aku percaya kepada apa yg diaturkan. Aku kuatkan hati. Aku keraskan naluri. Alhamdulillah sepanjang 7 tahun ni, satu persatu hikmah diturunkan supaya aku yakin ini yg terbaik utk aku, Ezzy dan anak-anak.
Semalam diturunkan satu lagi hikmah. Bezanya dari yg lain, semalam kesan dia agak dalam. Hati aku sebagai seorang ibu tersentuh.
Jumaat lepas, sambil menunggu Eizwan dari sekolah, aku ternampak seorang pakcik tua tengah struggle nak berjalan. Everytime ada org lalu, dia mcm nak tahan ask for help. Bila Eizwan masuk dalam kereta, aku suruh Eizwan pergi tanya Atok tu if he needs any help. Eizwan ckp dia takut. Sebenarnya dalam hati aku pun takut. Nak pergi tanya of course lah kena in Japanese. Setakat tanya ok ke tak memanglah aku boleh. Tapi buatnya dia jawab panjang lebar tolong bawa dia pergi hospital ke, tak pening aku nak cari kamus dewan Jepun. Few minutes jugak aku kena convincekan Eizwan to fight his fear. I told him, Eizwan nak buat something good, kenapa nak takut? (cakap dengan diri sendiri jugak). Finally we made a deal. Mommy temankan Eizwan. So he agreed. He went to that Atok and asked him. Atok tu ckp dia nak kejar bus kat depan tu, tak jauh pun sebenarnya. Dalam 10 meter je lagi. Tapi tengok pada kelajuan dia berjalan, mmg confirm akan terlepas. So aku pun papah Atok tu and Eizwan terus lari minta bus driver tu tunggu kejap. The bus driver decided to meet us half way. Malam tu bila Ezzy balik, Eizwan cerita semua. And he also wrote the story in his 'niki' (daily journal sekolah suruh buat). Aku ingat cerita tu habis kat situ. Rupanya tak.
Semalam, as usual aku pergi ambik dia kat station. Dari jauh aku tak nampak kelibat dia. Ikutkan aku yg lambat sikit. Dalam aku tercari-cari mana budak ni hilang, tiba-tiba ada polis muncul depan kereta terlambai-lambai suruh aku park kereta tepi. Allahhh apa pulak salah aku ni. Bila aku turunkan tingkap, dia tanya, ok tipu, entah apa dia tanya aku pun tak tau. But finally dia faham aku tak faham apa dia cakap, so dia suruh aku tunggu situ. Itu aku faham.
Jantung aku nak pecah. Dengan Eizwan yg tak muncul-muncul lagi. Then dari jauh aku nampak ada kepala budak yg sangat familiar dalam 'koban' (pondok polis). Astaghfirullah. Anak aku tu. Tuhan je lah tau apa yg aku rasa time tu. Nak lari ke sana, tak boleh tinggalkan kereta and Leia kat dalam. Tak pasal kena saman pulak. 5 mins later, polis tu dtg berlari dgn Eizwan. Ok anak aku boleh berlari, dia sihat. Itu pun dah cukup lega. Then polis tu hulurkan something dalam tangan dia. Ada seketul brooch or earing, aku pun tak sure. Then dia point kat Eizwan sambil mention the word "picked up" "police report". Dia tunjuk satu form kat tangan dia sambil tanya nama aku and contact no. Lagi sekali jantung aku nak pecah. Masya Allah, adakah anak aku dah buat benda yg tak sepatutnya? Dah sampaikah masa aku kena deal benda yg tak elok anak aku buat? Kat mana silap aku and Ezzy? Segala persoalan berpusing-pusing dalam kepala. Then aku tanya Eizwan betul-betul apa yg polis ni cakap. Eizwan explained to me while he was waiting for me, he saw something glittering on the floor. So he picked it up and realized it was something valuable. He decided to hand it over to the police. Alahai anak.. So it turned out, my son has done something good and this paranoid Mommy dah nak muntah fikir yg bukan-bukan. ;)
Dalam kereta aku tanya dia, what made him decided to surrender that thing to the police? Dia cakap mula-mula dia takut nak pergi. Jawapan dia seterusnya ni yg buatkan mata aku bergenang,
"Mommy cakap kat Eiwan hari tu, jangan takut if u want to do something good.."
Aku speechless. No word can really describe how I felt that moment. Dia dengar apa yg aku kata. Dia ingat apa yg aku ajar. Dia buat apa yg aku tunjuk. Eizwan berjaya buatkan aku rasa apa yg aku lakukan selama ini sebagai seorg ibu berbalas. Bila aku cerita kat Ezzy, aku burst. Dah lama rasanya tak keluar airmata. Hati dah keras surviving di tempat orang kot. :)
Sejak kebelakangan ini memang timbul beberapa persoalan dalam diri. Adakah aku seorg ibu yg baik, isteri yg taat, anak yg membahagiakan? Dan persoalan-persoalan lain yg biarlah aku dan Dia sahaja yg tau. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui akan segala isi hati setiap satu hambaNya. Diturunkan 'reward'/nikmat dalam pelbagai bentuk utk mengingatkan aku ini adalah yg terbaik diaturkan olehNya. Terngiang-ngiang janji Allah SWT,
Thank you Eizwan for making me one proud mother.
Thank you Allah SWT for sending me this big 'nikmat'.
One day when u read this, I just want u to know we are so proud of u son. You managed to fight your fear. I know it was not easy. But u did it. Perjalanan Eizwan masih jauh. Our prayers always be with u. Semoga Eizwan menjadi anak yg soleh, abang yg terbaik kepada adik-adik dan insan yg mulia diberkati Allah SWT dunia dan akhirat.
But next time can we do something nice that doesn't involve the police? Nak pecah jantung Mommy.
p/s Aku juga kagum dengan polis yg handle 'kes' Eizwan tadi. Aku tak rasa benda yg Eizwan buat tadi tu smpai perlu buat report semua. But maybe polis tu nak tunjuk pada Eizwan, what Eizwan did just now is something big and he appreciated it.
2 comments:
Good job!
awwww,bergenang jugak airmata Sam baca, Alhamdulillah Eizwan, good job! You've raised your son well, Jaja. :)
Post a Comment