Wednesday, May 18, 2016

The Return of The Mommy


Aku tak suka selfie. 
Aku tak pandai buat kek. 
Aku suka bercerita tentang manusia-manusia kecil yang berada dengan aku 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun, kali 8 tahun. Kalau ada yg tak suka baca, do yourself a favour, please skip reading. Save yourself from dosa mengumpat dan mengutuk 'macam kau sorang je ada anak'. 

Ini adalah percubaan seorang ibu untuk mengambil hati kawan-kawan anaknya di sekolah. 

Minggu lepas, sewaktu parents di sana sibuk menyediakan hadiah bagi sambutan Hari Guru, kitorang anak-beranak huru hara menyiapkan handmade bookmarks ni untuk 24 orang kawan-kawan sekelas Eizwan termasuk cikgu sempena birthday dia Sabtu lepas. Ada 2 jenis gambar, 9 for the girls and 15 for the boys. Each bookmark I randomly choose a motivation quote that suitable for kids and attach it together with the picture. Setiap budak akan dapat quote lain-lain. Hasilnya? Tidur pukul 9 pagi dan mata seperti bapak panda. 

Tak ada kerja, cari pasal. 

Di sini tak ada sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Orang Tua ada, Hari Kanak-Kanak ada, Hari Bank, Hari Laut semua ada. Jangan tanya aku kenapa. Setahu aku, di sini juga rata-rata sekolah tak benarkan sebarang bentuk hadiah atau 'rasuah' diberikan pada budak-budak mahu pun cikgu-cikgu. Kemungkinan mereka tak mahu ada 'unnecessary competition' dalam pemberian hadiah-hadiah ni. Kalau ada keluarga yg tak mampu nak bagi apa-apa, mungkin bakal menyebabkan anak-anak mereka terasa dipinggirkan oleh rakan-rakan yang lain atau mungkin juga untuk mengelakkan dari timbulnya budaya 'favourite student' dari cikgu-cikgu sendiri tanpa disedari.

Disebabkan itulah aku macam ada rasa takut-takut sikit nak keluarkan idea ni. Tapi aku kan orang Malaysia. Degil. So aku buat jugak. Hari Isnin Eizwan bawa pergi sekolah dan bila dia tunjukkan pada cikgu kelas dia, bookmarks ni kena tahan. Alasan yang diberikan, cikgu dia nak pegang dulu sebab tak cukup masa nak distribute. Bila dengar tu, aku memang rasa ni confirm tak lepas. And aku suruh Ezzy standby je lah dapat call dari sekolah. Dua ekor 'alien' ni memang suka betul cari pasal. 

But semalam Ezzy whatsapp bagi tau cikgu kelas call, cakap dia dan Eizwan dah distribute bookmarks tu pada kawan-kawan sekelas. Cikgu Eizwan cakap, sekolah memang tak benarkan bagi barang-barang yang dibeli, melainkan benda-benda yg kita buat sendiri. Cuma next time kena inform cikgu lebih awal so boleh discuss apa yg boleh dan apa yg tak boleh. So aku suspect cikgu Eizwan ni bawa balik bookmarks tu sama ada nak minta permission from sekolah dulu atau dia screen baca satu-satu dulu, takut aku ada letak ugutan pada budak-budak yg panggil anak aku terrorist hari tu.

Ok. Tak lawak.

Balik sekolah Eizwan sambung cerita cakap semua kawan-kawan dia so happy to receive the small gifts and they were excited to see each bookmark has their name written personally and each has something 'English' at the back. So semua kerumun Eizwan minta tolong translate.
 
Mommy genius.

Kawan-kawan happy.
Eizwan super happy.

Aku?

Masih mencari jalan nak hilangkan mata bapak panda.

Anything for u anak.

No comments: