Saturday, January 2, 2010

Aku tak pandai buat New Year Resolution


In front of Tokyo Tower January 1st 2009

So hari ini adalah hari terakhir kita berada di tahun 2009. Tomorrow we will be welcoming 2010. So as usual this time around everyone is talking about their list of new year resolution. To those who managed to complete 2009's resolution, congratulations. Good for u! To those who already come out with their brand new resolution's list, all the best! As for me, new year ke tak new year ke sama je. Aku memang jarang sangat-sangat nak celebrate and tak pernah pula rasanya ada list azam tahun baru. Is that a bad thing? I guess so.. ;) Aku tak ada azam tapi aku ada matlamat. Sama ke? Lainlah.. Apa-apa pun, as for 2009, I have no regret and I really hope that I could let go any grudge or any unfinish business. All in all, I just want to have a fresh start. Eventho next year the big three zero is finally welcoming me, I hope it will not be too late for me to start something towards my own dreams. Tu kira resolution ke? Halal lah tu.. Rasa macam baru semalam je semua orang bergembira welcoming 2009 and here we are counting down to 2010. How time flies..


I was so excited to see little junior's spine..

Hari ni for the first time aku dapat rasa little junior dalam perut moving. Rasa-rasanya memang sebab dia bergerakla bukan pasal terlebih makan ke. A good start for me. Aku suka layan cerita-cerita alien and predator. Sedikit sebanyak ada jugakla terpengaruh. Especially part bila anak alien keluar dari perut tu. So, before aku pregnantkan Eizwan dulu, aku pernah wonder, kalau masa baby dalam perut gerak-gerak and aku start imagine cerita 'Alien' nanti macam mana. Sure aku akan freak out tahap dewa. But alhamdulillah, baby's development doesn't happen in one night. The process happens gradually disertakan dengan satu perasaan yang lain sikit. Kalau masa mula-mula dapat tahu aku pregnant, then the next day terus rasa ada benda moving dalam perut, memang tak kelakar. Masa last check-up hari tu little junior dah 8 cm. Alhamdullillah semua ok. Just right before aku pergi check-up tu ada bleeding sikit. Doctor cakap placenta aku rendah. So I need to be extra careful. I have to stop lifting Eizwan and heavy things. From 1st pregnancy orang cakap aku ni agak degil. Jalan pun tak reti nak control ayu. Eizwan sekarang pun tidur malam tak control macho langsung. Few times juga aku terjaga tengah malam sebab terasa ada kaki kecik dalam mulut aku.

 Froggie style

Okla.. Another 1 hour to 2010. So I would like to take this opportunity to wish all of you

HAPPY NEW YEAR..!

Bye bye 2009..

I hope each one of you will have another great year. Insya Allah.. So see u next year! Muah muah!

p/s This entry was written 1 hour before New Year but due to a tiny problem caused by Eizwan Zarith's magic hand I can only post it today.. ;) Still not too late to wish Happy New Year kan..?

Thursday, October 15, 2009

Raya 8 bulan

I hope it's not too late to wish all of you

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

MZ Family.. I'm starting to miss them..

EZ Family.. First time Eizwan ada baju melayu..

Ok apa. Aku wish siap2 untuk next year.. Sedangkan baju raya pun kena tempah 8 bulan awal.. Itu je nak tulis. Nanti sambung tahun depan.. Hahaha..

Tuesday, September 8, 2009

Desperate housewife in Tokyo

This is my second day fasting in Tokyo.. Yup! I'm in Tokyo now. I've been meaning to write about my graduation and things that happened in between, but I haven't found the right time and the right mood to do it yet. Yea I know, I'm not a good blogger. Alaaa.. Bukannya ada orang nak baca pun.. ;)

Ezzy baru pindah to a bigger place (I said bigger eh, not big). Rumah kat sini takde besar mananya nak dishowoffkan. So aku diterbangkan kali ini untuk tolong Ezzy settle down before Eizwan datang. Eventho it’s quite a small house but it’s a lovely place with a nice view. I’m so excited to turn this house to a place that we can call ‘home’.

Sampai-sampai sini aku kena isi satu disembarkation form. For the first time aku tulis “Housewife” under the occupation column. Wow.. Lainnya rasa. Hmmm.. Rasa pelik sikit. Macam tak berapa best. Bila aku cerita dengan Ezzy, dia cakap “Kenapa pulak nak rasa macam tu, itulah pekerjaan paling mulia di dunia..” Betul ke? Ke Ezzy saja nak sedapkan hati aku.. Hehe. Takpe.. Temporary je.. I have my own plan ok.. ;)

Anyway, pagi tadi Ezzy dah start bagi briefing about how to move around and how to do things around here (how to survive actually..). From how to ignore the laundry aunties if they ask anything in Japanese to how to select the word 'English' at the ATM machine. Habis briefing tu, tak pasal-pasal airmata ni terturun dengan sendirinya. For the first time, being an outsider in a new country with unfamiliar people and language finally freaks me out. It finally hits me when Ezzy asked me to buy some fish for our breakfasting meal tonight. Sama ke ikan kat sini dengan Malaysia? Ikan dalam bahasa Jepun apa? Macam mana nak tanya diorang satu kilo ikan pari berapa yen? Macam mana nak cakap dengan diorang yang aku tak faham apa yang kau cakap???

Ezzy bawa aku datang sini so that aku bole tolong ringankan beban dia. Aku bole tolong jaga makan pakai dia. Tolong jaga Eizwan kat sini so that dia ada peluang untuk besarkan anak dia like any other normal fathers. But tiba-tiba aku rasa aku tak mampu nak buat semua tu kalau aku sendiri tak terjaga diri aku. Macam mana aku nak jaga Eizwan macam ni kalau aku sendiri terkontang-kanting. Takkan everytime nak pergi mana-mana nak harapkan Ezzy. Aku rasa aku akan lebih menyusahkan Ezzy bukan menyenangkan.

Everytime ada orang tekan loceng or ketuk pintu rumah masa Ezzy takde, jantung aku macam nak pecah. Memang terasa nak menyorok dalam almari or terjun je. Takut punya pasal. The only thing yang aku tau nak cakap “Sumimasen, watashiwa nihongo wakarimasen..” (Sorry, I don’t understand Japanese). Loser kan? And seriously tak best when everytime tengok TV, especially the funny parts, aku akan gelak dulu (since aku tengok orang tu gelak) then baru aku minta Ezzy translatekan. Bila jumpa kawan-kawan Ezzy lagi tak best. Bila diorang gelak and body gestures menunjukkan they were talking about me, I can only smile. Frustrated sangat sebab tak dapat nak join the conversation. Bolehlah tangkap sikit-sikit sebab dah belajar basic Japanese hari tu. But there’s still a lot to learn. Then on the way balik rumah, baru aku minta Ezzy ceritakan satu-satu benda yang diorang cakapkan.

Sedang aku baring-baring sambil memikirkan macam manala aku nak hidup kat sini, tiba-tiba aku terasa tilam aku bergerak. Dalam kepala tak terfikir benda lain. HANTU!!! Ye la.. Mana taknya, memang terasa macam dalam cerita Exorcist tu ok? Jangan buat perangai geng. Aku seriously tengah takde mood nak layan kau merangkak-rangkak nak tayang rambut kau yang panjang tu geng. Mula-mula tu nak selubung baca apa-apa yang patut, tiba-tiba aku teringat, ayah aku cakap bulan puasa ni hantu jembalang semua kena ikat. Hantu jepun sekali la kan? So aku beranikan diri bangun and tengok keliling. Mak ai! Satu building bergegar ok? EARTHQUAKE! My first earthquake experience in Japan babe! Tiba-tiba aku terasa bodoh. Bole pulak terfikir Cik Kak rambut panjang tu nak kacau aku. Hehe. Then aku menggelabah sorang-sorang. Nak kena buat apa ni? Nak lari turun tangga ke lif? “Jika berlaku sebarang kecemasan, sila gunakan tangga kecemasan”. I think this thing applicable kat sini jugak kan. Ok, tangga seems a good idea. Aku jenguk kat luar, tengok minah-minah Jepun ni la la la je naik basikal. Biar betul. So I decided to call Ezzy. Boleh pulak dia jawab “Itula nama dia gempa bumi babe.. Congrats, your first earthquake experience..” Ish, dia ni. So end up aku sambung baring balik. Hehe. Tak kuasa aku nak menggelabah turun sorang-sorang dengan berbaju tidur.

Apa-apa pun, as I said to Ezzy, this is my part of sacrifice. Aku tau betapa happynya Ezzy when he finally got the offer to work here. Ini memang impian dia dari dulu. As a wife, I know I have to support him. Hopefully Ezzy tak misinterpret apa yang aku lalu sekarang. I will never regret my decision to come here. We’ll go through this exciting chapter like we always do. You don’t have to worry By. I will not give up. Eventhough I know it’s not going to be an easy journey but I promise I’ll find a way to make things right. And I know u’ll always be there for me. I’ll find a way to get my fish even if I have to put a gun on the fishmonger’s head. Aku bercerita ni bukan bermakna aku mengeluh dan mengalah. Tak.. Aku hanya nak merekodkan apa yang aku rasa sekarang so that one fine day, bila aku dah bole survive, aku akan baca entry ni and gelak sorang-sorang tentang kebodohan aku. Maybe time tu jangankan ikan pari, ikan paus pun aku dah tau macam mana nak beli. ;)

Aku nak bercerita pasal pengalaman aku nak mencari tepung gandum. Tapi macam dah panjang sangat pulak entry ni. Nanti petang aku cerita. Hehe.. For now, aku nak turun bawah, cari basikal Ezzy then pergi cari tempat-tempat yang aku sepatutnya pergi. First stop, laundry. Then nak pergi tengok barang-barang untuk decorate my new ‘home’. I know I’m going to like this place. Wish me luck!

Saturday, August 1, 2009

'Home' sweet 'Home'

Baru seminggu aku balik dari jumpa Ezzy, belum sempat punggah barang keluar, hari ni aku berkemas lagi.. ;) Setahun ni memang aku layak dipanggil orang nomad. Ke hulu ke hilir. Kali ni akan ke bawah sana balik. Walaupun kali ni aku akan 'pergi' (bukan lagi 'pulang') Adelaide untuk membawa pulang hasil pengorbanan aku selama setahun, entah kenapa hati still rasa berat. Mungkin selama ni aku selalu associatekan perasaan negative dengan Adelaide, so now bila nak pergi sana untuk 1 week pun aku rasa tak best. Orang lain semua tengah excited sebab nak grad, dapat pakai robe and the 'hat', I still don't know why I can't feel a thing. Bukan ni ke yang aku tunggu2 selama 10 tahun ni. Then kenapa rasa dia biasa je? Memang patut rasa macam ni ke? Hmmm.. Tak bersyukur aku ni.. Takpe, pergi sana untuk tutup satu chapter so that I can open another one..

Cik Lojel

Ni la bag yang telah banyak berjasa pada aku selama setahun ni.. This is my 'home' for the past 1 year.. Cik Lojel ni la kawan aku ke hulu ke hilir.. Peneman aku ke negara di bawah sana, ke tengah sini dan ke atas sana. Cik Lojel jugakla yang menjadi saksi setiap kali airmata aku bercucuran sambil mengemas barang2 yang nak dibawa 'pulang'.. Terima kasih Cik Lojel..

Rekod perjalanan anak tokey Malaysia Airlines yang berlagak..
July 08 - KL - Adelaide
Sept. 08 - Adelaide - KL
Oct. 08 - KL - Adelaide
Nov. 08 - Adelaide - KL
Dec. 08 - KL - Tokyo
Jan. 09 - Tokyo - KL
Feb. 09 - KL - Adelaide
Apr. 09 - Adelaide - KL
May 09 - KL - Adelaide
June 09 - Adelaide - KL
July 09 - KL - Tokyo - KL
Aug. 09 - KL - Adelaide - KL
Sept. 09 - KL - Tokyoooooooo... ;)

IKEA is my favourite place. Kalau orang lain suka pergi shopping beli baju, beli handbags, aku suka beli barang untuk decorate rumah, barang untuk organisekan my stuffs. But now kalau aku pergi IKEA pun, rumah mana yang aku nak decorate. Aku dah tak sure yang mana satu rumah aku. Barang aku bersepah2. Separuh di sana, separuh di sini. 3 days back, aku clearkan toys Eizwan. So dapatla pinjam satu kotak toys dia untuk mommy dia tumpang letak baju. Hmm.. Dah lama tak pergi IKEA. Nanti aku tanya Cik Lojel kalau ada apa2 yang dia nak..

Ezzy sedang menarik Cik Lojel @ my 'home'..

Anyway, tak lama lagi Cik Lojel akan disimpan di tempat yang elok. Kali ni lebih lama dari biasa coz finally her pathetic owner will have her own place that she can calls 'home'.. You can rest now Ms. Lojel.. ;)

Wednesday, July 22, 2009

Aku di sini..


Dah 2 minggu lebih aku berada di sini.. Di mana? Cuba teka.. ;)

End of this week aku akan berangkat pulang.. Baru hari ni ada sedikit rasa nak bercerita. So apa aku buat sepanjang berada di negeri matahari terbit ni? Hmmm.. Biar aku start dengan apa yang aku rasa unik tentang mereka yang bermastautin di sini..
  1. Tersangat suka naik basikal.. Mula2 masa Ezzy beli basikal, aku gelak giler (dalam hati je la). Ezzy cakap kat sini memang semua orang naik basikal. Bila dia cakap 'semua orang' tu, tak tercapai pulak akal aku yang lelaki2 macho bole naik basikal. Bukan basikal BMX ke, BMW ke, mountain bike ke, mountain dew ke, ni betul2 basikal macam arwah tok wan aku punya kat kampung dulu. Bayangkan la sikit punya brutal tindik sana tindik sini, seluar jeans koyak, pakai boot, rambut colour, punk, tetiba "La la la la la.." naik basikal.. Tak masuk akal..
  2. Tersangat suka tidur dalam train.. Aku tak tau la sama ada kat Malaysia pun macam ni ceritanya sebab dah lama aku tak naik LRT. Hehe. Berlagak.. Reason yang diberikan adalah bunyi train atas track tu sangat mengkhayalkan. Yang muka comel2 pun habis kecomelan mereka bila naik train.. Yang bawah ni tak tidur pun memang tak comel.. Hehe.. Astaghfirullah..
  3. Tersangat suka bawa payung.. Yup! U heard me right. Payung atau nama lainnya umbrella. Digunakan untuk menahan diri dari ditimpa hujan. Ni pun aku gelak giler. Bila Ezzy minta tolong aku carikan beg yang ada tempat letak payung kat tepi, aku ingat aku salah dengar. Aku dan makcik kedai beg tu sama2 gelak. Bila sampai sini, aku digelakkan sebab semua orang la la la la bawa payung, aku basah kuyup. Kenapala aku yang kena sorang, di manakah makcik kedai itu di kala aku susah..
  4. Tersangat disiplin dan bersistem.. Yang ni aku sangat impress. Memang superb. Boleh dikatakan segala2 nya bersistem. Malaysia pun banyak je sistem cuma tak ikut je. Hehehe. Contoh paling senang, pakcik2 and abang2 driver train. Setiap kali berhenti dia akan keluar check segala check point dia. And yang paling aku tak tahan, bila dia point to traffic light and jerit "Traffic light!" (dalam bahasa Jepun la geng..) menandakan dia nampak check point dia. Macam robot! Mula2 aku sampai tu aku memang suka duduk kat gerabak yang last so that aku bole tengok gelagat pakcik2 Jepun ni. Lama2 terpaksa duduk jauh sikit sebab diorang dah pandang aku lain macam. Takut diorang ingat aku nak cuba merampas takhta ke. Potong kapara!
  5. Tersangat laju.. Segala benda laju. Dari shinkansen (bullet train) sampaila ke cara berjalan. Tak adanya nak lenggang kangkung la la la la. Kalau ada pun makcik2 tua.
  6. Tersangat hormat pada customer.. Kalau korang nak try rasa macam mana orang kaya pergi shopping, datangla sini. Masukla mana2 kedai, kita akan dilayan macam duit dalam bank ada lapan juta. Kalau kat Malaysia, masuk kedai RM3.99 pun dia pandang atas bawah and siap bole main kejar2 dalam kedai sebab ingat kita nak curi. Pakaila selekeh macam mana sekalipun, pakaila selipar jepun pun masuk kedai dia, diorang akan senyum, tunduk and greet. Seriously I'm not being exaggerate here. Aku masuk LV, Gucci, Prada, semua berikan layanan yang sama. Aku memang suka tanya soalan2 konon2 nya aku nak beli, tapi setiap soalan yang mencabar jiwa dijawab dengan elok. Ada sekali tu aku masuk butik Gucci, (nak tanya harga sebab nak compare dengan kedai sebelah tengah sale), dia punya layanan memang menggugat jiwa, nyaris2 tak terbeli kat situ. Nasib baik tak cukup seringgit je dalam bank. Hahaha..
  7. Tersangat aman.. Yang ni mungkin aku silap sebab memandangkan aku duduk dekat kawasan yang agak jauh dari Tokyo. Tapi masa aku pergi area Tokyo during New Year, yang merosakkan suasana kebanyakannya foreigners. Rasa2 nya police kat sini tak berapa ada kerja. Sebab aku selalu tengok diorang sibuk tahan orang naik basikal, tengok ada lesen ke tak (naik basikal pun kena ada lesen ok), naik basikal curi ke and tahan orang naik basikal 2 orang. Ada sekali tu, aku rasa adala dekat 12 orang polis merayau sekitar rumah sebab ada kecurian basikal. Hehehe. Ultraman and Gundam dah banyak tolong cover kes2 besar, so basikal pun basikallah. Part naik basikal 2 orang tu, aku and Ezzy je selalu sengal naik 2 orang. Konon2 sweet la.. Lepas tu main nyorok2 from police. Kat sini memang tak bole. Jangan tanya kenapa.. News dalam TV pulak, kalau tak cerita pasal bencana alam, cerita pasal keganasan penumpang taxi yang bagi diorang habis ganas. Owh owh.. Ada satu news ni yang aku gelak giler, Ezzy dah pandang aku lain macam. Bayangkan news macam ala2 Buletin Utama tu tapi cerita pasal ada sorang pakcik tu pengsan dilanggar basikal!!! Siap tunjuk tempat kejadian di mana pakcik tu jatuh pengsan. Hehehehe..
Mula-mula sampai tu memang aku culture shock sikit. Keluar2 flight tengok orang pakai uniform oren memang aku terasa macam berada dalam cerita Ultraman. Tak tipu.. Dengan building2 yang exactly sama macam cerita tu, dengan pencawang-pencawang elektrik yang bila2 masa akan diputuskan oleh raksaksa durjana, dengan taxi old school, memang membuatkan aku rasa anytime je Ultraman akan keluar di celah2 bangunan..


Itu je la cerita aku hari ni. Mungkin aku silap interprate memandangkan aku masih belum fasih berbahasa Jepun. So sebelum aku diserap menjadi salah seorang dari mereka, ini adalah pandangan dari kaca mata seorang 'gaijin' (alien person). Hari ni aku intro tu dulu.. Esok atau tahun depan aku sambung lagi.. Hahahaha..

Thursday, June 18, 2009

Jump katak jump!

Pernah dengar tak cerita pasal 'Pertandingan Katak Panjat KL Tower'? Ok, actually aku tak ingat la nama cerita tu apa. 'Katak Pekak' ke? Hentam je la.. Yang tak pernah dengar, cerita dia macam ni..

Pada suatu hari yang indah, Persatuan Katak2 has decided to organize a tournament. The fastest katak who reach the top floor of the KL Tower akan menjadi 'Katak Terhebat'. So, mulalah semua katak melompat2 dengan semangatnya panjat tangga KL Tower tu. Disebabkan dengki tak boleh masuk tournament tu banyakla suara2 sumbang dari Cik Ular, Cik Singa, Cik Gajah cuba nak menjatuhkan semangat Cik Katak2. Ada jugak suara2 sumbang dari Cik Katak2 yang tak berjaya. So makin lama makin kurangla katak2 yang berjaya melompat ke tingkat yang seterusnya hasil dari sorakan2 sumbang ini. At the end, only 1 katak managed to reach the top floor. Bila dipanggil untuk diinterview apakah rahsia kejayaan Cik Katak yang seekor ni, barulah diketahui ramai bahawa 'Katak Terhebat' ini pekak rupanya..

Pandangan dari seekor katak.. Tinggi betul..
Kalau aku dah lama give up.. Hehe..


Kesian.. Siap yang ada kena makan..

So basically semua orang tahu the moral of the story. In order to be successful in this life, we have to pekakkan telinga. But bukan itu yang aku cuba nak sampaikan di sini. So kita semua tahu suara2 sumbang boleh menjatuhkan kita. Basically, suara2 sumbang ni jahat, dengki and obviously nak tengok orang lain jatuh, betul? Yang aku tak faham, semua orang tahu tu, but kenapa sometimes kita yang jadi suara2 sumbang untuk jatuhkan orang lain? Macam seolah2 'Katak Terhebat' tu dia hanya pekak tapi tak bisu. Maknanya dia boleh tepis dari mendengar suara2 sumbang, tapi kemungkinan jugak sepanjang dia panjat KL Tower tu, dia part of suara2 sumbang yang menjatuhkan orang lain. Logic tak cerita aku ni..? Tak? Hehe..

Kesimpulannya, tanpa kita sedar kita sendiri sebenarnya part of society yang tak boleh tengok orang lain berjaya. Apa salahnya kalau tengok orang lain hebat dalam bidang dia, just be happy for him/her. And if u want to be successful, u can either choose another bidang that u're good at or if u're in the same bidang, share whatever u have and sama2 berjaya. Impossible kan bunyi dia..? Yea, I know..

So now the question that u need to ask yourself is whether u are one of the 'Katak pekak tapi tak bisu'..?

Tuesday, June 9, 2009

Finally here..

Lama betul aku tak update blog.. Sorry.. Been a bit busy lately. Lagi 19 hari, insya Allah aku akan habis belajar. Pejam celik pejam celik, dah almost a year I've been here in Bumi Adelaide. I still can remember when my two feet touched this land, I kept saying to myself, "What am I doing here??" Tu Mat Saleh version. Malay version, "Mati aku, mati aku.."

Betul! Aku tak pernah terfikir yg aku akan survive. Orang keliling aku asyik ckp "Alaa.. Kejap je..", tp bila duduk kat sini, aku rasa byk kali aku pejam celik pejam celik, peeeeejjjaaaaammmm ceeeeeelllliiiikkkkk, tak balik2 M'sia jugak.. So aku end up ckp, "Semua orang tipu aku!!!"

Tipu kalau aku ckp aku takkan miss berada di tanah kangaroo ni. Tapi aku lebih rasa happy and excited coz finally I'll get to be the real mother to Eizwan and real wife to Ezzy. Bukan setakat jerit2 marah Eizwan through Skype or gaduh2 dgn Ezzy through phone. Hehehe.. Now we can be one Happy Kinting (Kerinting) Family.. Hahaha..

Perjalanan aku utk mendapatkan segulung ijazah bukanlah semudah org lain. Byk yg aku lalu semata2 utk mendapatkan sehelai kertas yg diagungkan ramai. Kalau ikutkan hati aku, aku tau aku still boleh berjaya dlm hidup even without holding any papers. Aku pernah buktikan yg aku boleh hidup. Aku tak pernah faham masyarakat kita yg suka melontar kata2 hina pada org seperti aku. Paling kuat aku hanya boleh cakap, "Tak susahkan korang pun kan.."

Terus-terang reason sebenar aku kuatkan semangat utk smpai ke sini adalah disebabkan aku tak nak satu hari nanti bila anak2 aku malas nak belajar, aku tak punya hak utk bersuara. Aku tak nak anak2 aku cakap, "Mommy pun tak ada degree, tp still boleh berjaya.." Hahahaha..

Ayah aku selalu cakap, "Zaman sekarang ni pelik. Kalau dulu takde degree pun still boleh cari jalan nak tanggung anak bini 10 orang (anak 10 orang, bukan bini). Zaman sekarang ni ada degree pun, diri sendiri pun belum tentu boleh tanggung.." Lagi satu dia suka cakap, "Lu fikirla sendiri.." Hahahaha.. That's my dad..

Kesimpulannya, aku bukan belajar sbb aku tunduk pada permintaan masyarakat. Aku betul2 confident yg aku boleh berjaya tanpa segulung kertas. Aku buat semua ni utk anak2 (mcm ramai je..). And yup, I'm not stupid!

Apa2 pun, alhamdulillah aku dah smpai tahap ni. Lg 19 hari, semua ni akan berakhir. Me and my friends yg akan grad sekali (insya Allah) dah mcm tak brp betul kat sini. The finish line is almost visible. Rasa dia mcm lari 10km, lagi 500m nak habis, kita dah boleh nampak supporters bersorak nama kita. Yang pegang banners. Yang menangis2 (exaggerate). But yang paling aku nampak, the red ribbon (suka hati akula nak colour apa..). Sambil lari2 ala2 pelari dunia, aku akan langgar ribbon tu dan juga semua orang yang ada kat situ.. Hehehe..

Wish me luck! Doakan saya!

Sunday, May 24, 2009

Ladies and gentleman.. Presenting..

Selepas 29 tahun aku hidup, akhirnya semalam aku berjaya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wooooohhhhhooooooooooooo.......!!! Aiiiittttt.. Aku tak kompel and aku tak cabut sticker and tampal balik, ait? Ni buktinya..

Ye betul.. Aku ambik gambar setiap step.. ;)
See.. Still tunggang langgang..


Almost there..

Almost.. Nampak tak sticker dia still ok?
And takde yang tercongkel kompel?

And yes!!! Ladies and gentleman.. The winner is..

Lepas dah siap, aku tak puas hati, suruh roommate aku tunggang langgangkan dia balik. Aku belum bole lagi nak serabutkan dia. That's why aku tak pernah beli sendiri Rubik's cube ni sebab end up tak keluar kotak nanti. Ni pun aku curi dari adik aku. Selingan coz I just submitted my assignment. So before I start to crash my head on the next one I need a break. So semalam smpai 4 pagi aku excited sorang2 main benda ni. Dari kecik aku try. Now I can say that my childhood dream has completed. Lihat dunia, I am complete.. Hahaha.. NEXT!!!

By the way, last week I watched Phantom of the Opera.. Superb, amazing!

Brilliant.. But somehow I think Puteri Gunung Ledang lagi superb.. Hmm.. Kalau Tiara dengar ni mesti dia gumbira..

Thursday, April 30, 2009

EQ? Ya right..

Anyone can become angry - that is easy.
But to be angry with the right person, to the right degree,
at the right time, for the right purpose, and in the right way -
this is not easy.

- Aristotle -


Hmm.. Aristotle is right.. It is not easy. But how do we know who is the right person, when is the right time and what is the right way? Human is one complicated creature. If only we come with a manual. If only I have the power to read people's mine. If only I have the power to control myself. If only I have the power to control the situation. 'If only..', one of the greatest mind killer..

Situation..

Another word I'm starting to hate. When something bad happened to us, we always blame the situation. Kalau 'situation' tu manusia, aku rasa dia mesti banyak kali keluar masuk hospital. Tak pun, dah booking bilik kat 'Hotel 6 feet under' kena belasah.

But one thing for sure, we should keep reminding ourselves that everything happens for a reason. Allah knows better. The Almighty has a better alternative route for us. We just need to believe and have faith. Nangis memang nangis la. Sakit hati confirm. But at the end of the day, we are left alone to handle our own emotion. Can't expect others to understand us. Nobody will. Two people will never be in the exact situation..

Semua orang marah, semua orang sakit hati, semua orang ada masalah, tapi yang membezakan kita dengan orang lain adalah cara kita menghadapinya..

Actually, I'm writing this because I want to remind myself..

Wednesday, April 8, 2009

Bin / Binti

Today I received an email from my campus central regarding my graduation processes. I was asked to check my details are correctly entered for the parchment. I read through the sample parchment and my eyes stopped at my name. I know this might sound ridiculous, but I really think the word 'BINTI' should be included in this kind of legal document. Sorryla.. Come on, kalau kita tak kisah pasal nama kita then who should? Plus, it's not like u're going to graduate every day kan? Usually when u fill up the form and asked to write your full name, did u include the word BIN/BINTI? No? Well, I did.

So, lalala I went to the student centre to fight for my 'BINTI'. I took the personal details changes form and wondering where should I put the word 'BINTI'? In the Family Name column? No. That's not my father's name. And I don't want these Mat Saleh to start calling me 'BINTI MOHD' like they did to 'BIN LADEN'. Maybe I should put in the First Name column. No. My name is obviously not NURZA... BINTI. Hmmmm.. Mana ek nak letak? Then I decided to dump the problem to the officer. Let her do the thinking part. Well, they created the not-so-intelligent form, not me. So berbekalkan dengan semangat 'BINTI' I went staright to the counter. Bermulalah proses ayam cakap dengan itik..

Aku keluarkan segala document yang ada kat aku sampailah kad kahwin pun aku keluarkan. Then dia tanya soalan cepu emas yang aku pun pening kepala fikir tadi. So, where should I put the word 'BINTI' in this form? Is it your name or your family name? Adusss.. Aku jugak ke kena fikir..? I told her actually that word represents 'the daughter of', so it is not suppose to be under any column. Mula2 dia macam ternganga kejap, then tiba2 dia excited giler. Laaa.. Makcik ni kenapa.. Tau dia tanya apa lepas tu?

"So, BIN LADEN is actually 'the son of' LADEN? That's obviously not his name right?"

Now it's my turn to nganga. Alaaa makcik ni. Tak bole ke tanya soalan yang senang sikit. Tanyala pasal mamat kerja kat library tu ke, minah yang kerja kat cafe ke. Terus samakan aku dengan Osama Bin Laden. Ish.. But then suddenly I feel like millions of Muslims are standing behind me waiting for my say and fight for their names. Suddenly the heroic feelings start to fill me up. Tiba2 my flowery dress macam bertukar jadi baju askar disertakan dengan topi askar yang stylish. This is my chance to change the Mat Saleh ignorance towards Muslim names.

"Yup. You're absolutely right! His name is actually Osama. We usually use our first name instead of our father's name. And the word 'BIN' is not his father's name either."

"Wow! This is totally new for me! Thank you for bringing up this issue. I should educate the rest. By the way, in this case you still need to provide your passport. I'm sorry."

Baju dah tukar jadi dress balik. Pandai betul. Obviously kena bawa passport kan? Bukannya kat Malaysia, tunjuk IC dah boleh settle. My bad..