Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Monday, June 13, 2016

Ramadhan 2016


Hari ke-8 puasa baru siap Ramadhan chart ni. Bertuah punya Mak. Oklah tu. Niat nak buat dari tahun lepas. 

Puasa di Tokyo bermula dari 2.38 am hingga 7.01 pm. Tak lama pun. Dalam 16 jam setengah macam tu je. Melatih anak-anak berpuasa di tempat orang ni lain sikit cabarannya. Dengan masa puasa yg panjang, kawan-kawan keliling yg tidak berpuasa dan aktiviti sekolah yg sama seperti hari-hari biasa agak menguji ketahanan belas kasihan kitorang as parents. 

Tahun lepas, Eizwan dapat puasa penuh 1 hari je. Eiryan memang tak start langsung. Terkena tahun lepas time peak summer. Agak susahlah. Tahun ni, alhamdulillah cuaca tak teruk sangat. Hujung-hujung nanti baru start panas. Tahun ni nak train lebih sikit. But instead of start puasa pukul 2.38 am, Eizwan akan makan sahur around 6 am. Oklah tu, ikut time Australia. Along the way tu kalau nampak macam dah ok, kitorang akan awalkan sikit-sikit time sahur dia. And we also made a deal with him. Kalau dia puasa 'full day', we will give him 100 yen (RM3.85). This is the first time he'll be getting his own money. He was so excited. Aku tau idea bagi duit as reward puasa ni kurang bagus, but since bukan senang nak mulakan di tempat orang ni, kitorang akan cuba apa sahaja cara.

Preparation for sekolah pulak, Ezzy tulis surat bagi pada cikgu kelas dia, bagi tahu kitorang tengah dalam proses nak train Eizwan puasa tahun ni. Minta tolong asingkan dia dari kelas waktu makan nanti dan tolong monitor progress dia. Aku ada bekalkan bento (lunch) just in case dia tak larat.


Eizwan cerita cikgu dia terkejut bila baca surat tu. Dia kata puasa ni bukan untuk orang dewasa je ke? Eizwan explained to him this is just a training. It's not actually compulsory for children. Then cikgu dia terus announce to the whole class, dalam dunia ni ada orang-orang yg akan berpuasa, tak makan tak minum untuk rasa macam mana susahnya orang-orang yg tak ada makanan. And these people will give their portion of food to the less fortunate. Dalam kelas kita ni, ada sorang yg akan buat macam tu for the whole month, your friend Eizwan. So cikgu dia explain sikit-sikit pasal puasa then minta kawan-kawan semua give support to Eizwan. Bunyi macam the idea of fasting is not something alien to him.

So lunch time, Eizwan akan diasingkan duduk di library dan cikgu dia tak bagi buat aktiviti luar yg heavy. Just stay inside. But budak bertuah ni mana nak duduk diam. Langgar je semua sampai cikgu dia call Ezzy risau. But alhamdulillah so far so good. 700 yen dah ada dalam tabung.


Eiryan lain pulak ceritanya. Kitorang tak plan nak suruh dia puasa pun tahun ni. Dia baru 6 tahun dan agak susah nak minta pelepasan dari kindy untuk asingkan dia dari kawan-kawan time lunch. And dia pun tak nampak gaya boleh berhenti makan. But bila dengar Abang Eiwan akan dapat 100 yen per day, dia dah kelam kabut. So we made an agreement. He has to eat his bento at school and later when he comes back he can starts fasting. So kira half day. Half day, half reward, 50 yen. 

Deal. 

Maka berkira-kiralah dua beradik ni what they can buy if they combine both funds. They were aiming for something bigger. Yeay!

First day dah lingkup.

Balik sekolah, dia marah aku, "Kenapa Mommy buat bento? Eiyan nak try puasa full day. If Mommy letak bento, Eiyan kena makan nanti membazir! But Eiyan makan sikitttttt jeeeeee.." Aik? Aku pulak yg kena. Ok fine. Aku cakap then Eiryan balik ni sambung puasa Mommy bagi chan kira full day.

Sengih. 

Bila aku basuh bekas bento dia, bukannya makan sikit. Yang tinggal tu je sikit. Lepas tu start merengek cakap kat sekolah tadi tak sempat minum air, Eiyan rasa macam tercekik. 

Occayyyyyy. One sip.

Then nampak Leia makan Oreo, dunia dah start bergoyang. Dia pusing-pusing keliling adik dia macam pirana. Datang kat aku trying to negotiate. If makan one bite je kira still puasa ke? Aku dah start naik darah. Aku suruh dia pergi makan je. Bukan aku paksa puasa pun, dia yg nak. Lepas tu nak nego macam Belanda minta tanah. Dia cakap tak nak. Nak 50 yen tu. Baiklah.


Tiba-tiba Eiwan jerit cakap Eiyan makan Oreo senyap-senyap tepi pintu. Maka terbatal lah perjanjian. Dan bermulalah episod merengek 50 yen. Part ni memang aku kejam sikit. Memang aku boleh sangat je bagi 50 yen tu. But he has to learn a deal is a deal. Gua buat pekak je dia punya drama syahdu.

Belum habis kat situ. Malam after berbuka dia tolong kemas-kemas, sharpkan semua pensel abang dia sambil buat dialog sedih, "Maybe if Eiyan tolong Abang Eiwan ni, Mommy will gives my 50 yen." 

Memang tak ahhhhhhhhhhhh.

But I explained to him why I can't give that 50 yen to him. It's just not right. If u really want something, u have to sincerely work for it. A deal is a deal. Tak boleh macam tu. Not fair. Dia faham.

So the next day, he started fasting after school. No more unnecessary drama, no more makan curi. And last Saturday dia berjaya puasa 'full day' tanpa apa-apa drama Korea. Alhamdulillah sekali lagi Allah SWT dah mudahkan perjalanan kami dalam mendidik anak-anak di tempat orang.

Saturday, May 28, 2016

Malaysia menang


Pelari negara berjaya merangkul hadiah pertama hari ni!

Yatta!

Seperti tahun sebelum ini, sokongan padu telah berjaya diberikan dengan tanpa segan silu. Berpakaian serba biru, pekikan yg mungkin agak memalukan negara telah berjaya dilontarkan tanpa sekelumit timbul bibit penyesalan.

Janji tanggungjawab dah dijalankan. Walaupun Eizwan macam nak menyorok belakang pokok.

Beberapa perkara yg menarik perhatian aku sepanjang berhari sukan di tempat orang,

  1. Setiap tahun warna rumah sukan bertukar. Tahun lepas Eizwan kuning. Tahun ni biru. 2 tahun sekali rumah sukan dirombak. Mungkin nak elakkan mereka yg kuat berkampung di bawah satu rumah.
  2. Waktu persembahan 'gymnastics', yang kurus, yang tinggi, yang renek, yang kembang, semua terlibat. Yang 'semangat' sikit bila sangkut tak naik-naik kakinya, cikgu-cikgu datang tolong dan budak-budak lain tunggu sampai dia boleh buat sambil bersorak 'ganbare'!
  3. Lunch time, semua bentang tikar di tempat-tempat yg disediakan dan satu keluarga berpiknik makan bentou/bekal yg dibawa dari rumah.
  4. Piala ada 1. Seketul tu je setiap tahun. Rumah yg menang sahaja dapat. Mungkin nak menggalakkan semangat sepasukan. Bukan fokus pada kemenangan individu. Tiada medal. Hanya riben buat sendiri. Maknanya apa yg KJ cuba terapkan pada budak-budak naik basikal tu betul. Bersukan bukan untuk hadiah. Bukan kerana RM100 juta yg hilang.
  5. Tidak ada hamper setinggi langit ke 7 sebagai hadiah untuk tukang bagi hadiah.
  6. Ucapan penutup, Guru Besar bagi arahan pada semua untuk tunduk dan ucapkan terima kasih pada mereka di keliling kawasan sekolah kerana bertabah dengan kebisingan.
  7. Parents dikerahkan tolong kemas semua. Buka khemah, angkat simpan segala pekakas, susun kerusi. Sekelip mata semua clear, back to normal.
  8. Sekolah keluarkan arahan semua kena datang dengan public transportations. Tidak dibenarkan bawa kereta persendirian. Tiada pengecualian. So takkan ada dialog "Kau tak kenal aku siapa???" dengan pak guard. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas yg akan mengganggu kejiranan. Semua yg datang ikut peraturan yg ditetapkan termasuklah foreigner 2 orang ni walaupun diselitkan sedikit tipu muslihat. Janji masuk pagar sekolah jalan kaki.

Perkara-perkara baru yg boleh dijadikan teladan. Ehhhhhh siapa cakap semua benda elok je kat sini. Ada juga benda yg aku tak puas hati.

Sini tak ada van Milo free.

Oh. Ada satu lagi benda. Ingat tak budak yg panggil Eizwan 'terrorist' tu? Dia jatuh tersungkur tersagat tergolek dog masa lari tadi. Kesian.

Eh betul lah kesian. Ikhlas ni.

Serious.

Ok. Nak pergi bawa pelari negara celebrate. Nak cari hadiah. Dia nak hadiah durian. Tak agak-agak hadiah.

Friday, April 29, 2016

Let them be


My boys, off to Friday prayer. 

Selalunya Ezzy akan solat di Tokyo Camii, Shibuya. Dari rumah, perjalanan ke sana agak jauh. Bertukar bas dan train. Takpelah. Lagi jauh langkah, semoga lagi kuat iman anak-anak Mommy. 

Baru-baru ni benda yg paling aku risaukan duduk di tempat orang akhirnya terjadi. Aku tak sangka seawal ni. Lepas siapkan homework malam tu, Ezzy tanya Eizwan, is everything ok at school?

Dia angguk. Tapi mata mula bergenang. Ada benda tak kena. Beberapa kali aku tanya baru dia buka mulut. Katanya ada beberapa org budak said something that made some of his friends didn't want to play with him anymore. Aku tanya budak tu cakap apa sampai mcm tu sekali jadinya.

"Dia bgtau semua org, Eiwan ni org Islam. Org Islam ni terrorist. Eiwan org baik Mommy! Eiwan bukan terrorist!"

Masya Allah. Aku pandang Ezzy, Ezzy pandang aku. Terkelu lidah. Luluh hati. Aku dah agak satu hari benda ni akan timbul. Tapi aku tak sangka seawal ni. Dia baru 8 tahun. Masih awal utk dia faham. Dan aku tahu budak-budak sebaya dia pun bukan faham maksud 'terrorist' tu sebenarnya. Ambik handkerchief tutup muka lepas tu cakap terrorist!

Lama aku fikir. Apa yg patut aku cakap. Aku tau apa yg bakal aku cakap pada dia akan memberi kesan yg besar dan akan mencorak tindak tanduk dia lepas ni. Lepas agak lama fikir, memang lama betul, finally I said this to him,

"It's ok Eiwan. Let them be. We cannot blame them if they're afraid of us. People are always afraid of things they do not know. They don't know about our beautiful religion. Yes, there are good and bad people in every religion, not just Islam. So it's up to u to prove to them that u're the good one. You have Allah to protect u all the time. Just be yourself. Be nice. Be kind. Show to your friends that you're a good Muslim. Work hard. You should be proud that u're the only Muslim boy in Meisei. The only one who can teach your friends all about Islam. Don't fight back. Just take a step back and smile. It's ok. Just focus to be the best. Be the best student. Be the best son. Be the best brother. Be the best friend. Be the best in your studies. Strive to be excellent in everything you do. Be the first Muslim boy who will represent your school to the world. And they will come to you. I promise u."

Baik je kan bunyinya. Kenapa in English? Bila marah atau tengah tahan marah mmg keluar bahasa Ayahanda. Bahasa Ibunda bila tengah lembut dan ayu.

Eh marah ke? Mak mana yg tak marah. Aku kan gangster. Sepanjang aku dengar cerita Eizwan, muka senyum je, tapi tangan tengah genggam penumbuk. Well, I'm a mother. A very protective Mak Ayam. Hanya Allah sahaja yg tau apa perasaan aku time tu. Masa tanya nama budak-budak yg buat Eiwan tu pun, aku tengok Ezzy pun dah gigil-gigil suara tahan marah. Tapi aku tahu, aku dgn Ezzy kena betul-betul careful the way kitorg handle benda ni. Tak boleh ikutkan hati. Monkey see, monkey do. Especially this little monkey.

Jadi untuk kebaikan anak-anak, aku simpankan gangster aku dalam almari. Kena tunjuk contoh yg baik. Ezzy still called the school just to ask the teacher to monitor from far. We understand this is just another growing process but we also want to make sure things don't go overboard.

Eizwan, one day if u're reading this, I want u to know, Daddy and Mommy are always here for u. Bukan Mommy tak nak Eiwan lawan balik, but that will only prove what they think we are. Islam is a peace-loving religion and it teaches co-existence with all other religions.

Kita bukan terrorist.
Kita terror jewww.

Malam tu before tidur, segangster-gangster Mak Ayam, akhirnya jatuh juga airmata.

Eh, I'm a mother lah. 

Thursday, November 5, 2015

School (part II): The uniforms

Autumn is here. My favourite season. Love the colours, trees painted in all kinds of beautiful reds and oranges, the air is fresh and crisp, and of course the weather, a blend of sun and clouds and chilly breeze. Some places have started with Christmas decorations and illuminations. Romance is in the air ………...

For young couples lah. Untuk aku yang anak 3 ni, apa-apa season pun sama je ada typhoon. Our family just had our nightmare episode of chicken pox. Started with Ezzy, then when we thought maybe it's just going to be Daddy, Leia pula down. Followed by Eizwan, Mommy and the last one Eiryan. So semua jadi chicken. Rumah pun dah macam reban ayam. 3 weeks kitorang makan lauk pantang. Sakit berjemaah di negara orang ni memang banyak dugaan and pengajaran. Satu experience yang aku takkan lupa smpai bila-bila sebab parut ni mcm takde rupa nak hilang. Pengalaman yang menaikkan tahap kematangan to another level. Nantilah aku buat special entry for this. Entah bila-bila.

Sambungan from cerita sekolah Eizwan. Dah nak hujung tahun baru nak sambung Jaja ni. Perangai. ;) Alhamdulillah Eizwan dah almost 6 months at the new school, Meisei Shougakkou (elementary school). Eiryan pun under Meisei but kindergarten, Meisei Youchien (kindergarten).


Antara barang-barang sekolah Eizwan yg naik juling 
aku kena tulis nama
Buku panduan yang aku pass kat Ezzy je settle
Explanation on what, how and when to wear

Since dah hujung autumn nak masuk winter, both of them dah changed their uniform to winter uniform atau dalam nama bahasa Jepunnya … aku tak tau. Basically Eizwan has 3 uniforms; winter, spring / autumn (transition) and summer. But Eiryan only has 2; winter and summer.


Winter uniforms
Aku memang prefer sekolah yang ada uniform sebab senang tak payah pening nak fikir everyday. Bukan semua sekolah ada uniform kat sini. Most public schools they don't have any. Boleh sukahati nak pakai apa. Actually we wanted to send Eizwan to public school. Ok aku yang nak sebenarnya. Aku kan ambitious tak sedar diri sikit. Ezzy berat hati. I want Eizwan to experience school with locals. And of course nak save duit tabung. ;) But after considering the pros and cons, finally we agreed to send him to private. Ezzy was worried that if we were to send Eizwan to public school, I might have trouble communicating with the teachers and other parents. At least in Meisei, there are still teachers and parents who can speak and understand English. And most important thing is, they don't go hiding behind pillars buat-buat tak nampak every time they see me. Oh yes. Aku sergah "Good Morning!" je habis berterabur lari. Agaknya kalau boleh tembus dinding tu dah lama aku jalan sorang-sorang kat Jepun ni. But itu dululah. Time aku sendiri pun malu-malu. Now dah selamba jerit "Ohaiyou gozaimasu!". So macam konon dah terror la. Sakai orang Malaysia ni.


Summer uniforms
(aktiviti balik sekolah, either kejar kucing or tangkap bugs)

Back to cerita uniform. So sekolah akan bagi tau exact date to change the uniform. Tapi kalau ada sorang budak alien tiba-tiba datang sekolah la la la la pakai uniform season lepas, semua orang tahu itu mesti anak foreigner yang Mommy dia tak pandai baca surat and harapkan husband dia yang baca and husband dia selalu lepas baca lupa nak update wife dia. Pemandangan biasa. Ehhhhhhh bukan senang nak survive kat negara orang yang cakap macam ayam dengan itik. Ramai yang bising kenapa aku tak belajar Japanese. Aduyai. Kalau ada peluang siapa tak nak. Ingat tak penat ke nak sampaikan message pada cikgu budak-budak ni pakai sign language? Satu ayat pun aku dah mengah sbb tangan kaki semua keluar. Butttttttt.. Aku belum dapat peluang tu. My daily routines pun dah pack enough. Dulu pernah ada personal tutor hired by Ezzy's company for me. But since homework aku tak pernah nak siap and balik rumah tengok Ezzy berantakan dengan anak-anak, aku rasa tunggu dululah masa yang sesuai. Alhamdulillah aku rasa lately ni jalan tu dah ada. Every time aku kena tolong Eizwan with his homework, aku pun ambik opportunity tu untuk belajar sekali. Selalunya aku lah yg kena sekolahkan dengan Eizwan. :)

Spring / Autumn uniform

Oklah. Rasanya dah cukup dah untuk tahun ni. ;) Part III nanti aku cerita macam mana we trained Eizwan to take public transport to his school. Itu pun satu lagi huru hara. Aku tau ramai yang survive dengan cemerlangnya duduk kat Jepun ni. But nak buat macam mana. Dah memang kitorang ni anak beranak huru hara. :p

I really hope I can sustain my kerajinan to update my blog. Banyak benda aku rasa nak share and simpan untuk bacaan aku sendiri bila tua remaja nanti. Or at least untuk aku jadikan bahan nak kenakan anak-anak aku nanti. Heh heh.

Wednesday, May 13, 2015

School (part I): Intro to sawang

Hello hello!

Tiba2 keinginan utk tulis blog tu dtg balik. Kenapa tah. Maybe sbb baru2 ni my 1st born dah masuk Standard 1. So I really think I should share our experience. Kalau takde org nak baca pun at least utk aku baca bila aku dah muda balik nnti.

STANDARD ONE??!! Damn.

Dah sebulan lebih Eizwan start sekolah. Sini sesi persekolahan start bulan April. So kids yg lahir January to March that year akan masuk sesi yg sebelum tu. Satu lagi pengalaman baru di bumi Jepun ni. Aku tau aku kena tulis pengalaman duduk kat sini. Everytime ada big event aku mesti gatal mulut pg ckp dekat Ezzy, 

"I think I should write this in my blog.." 

dan disahut dgn "Dah banyak kali ckp mcm tu kot..". 

Cis. Ni dah masuk tahun ke 6 duduk kat tempat org tapi blog still bersawang. Haih. But kat mana aku nak korek masa utk duduk mengadap laptop ni? Dari hari ke hari aku cuba sebenarnya. One word a day pun jadilah. Hampas. Everyday aku berangan, 

"Ok, make sure hari ni siapkan semua kerja cepat then boleh sit down tulis blog.." 

Who am I kidding?? Siapkan kerja?? Pernah siap ke?? Memang taklah. Dah banyak kali kena tipu. Nampak mcm dah nak habis......... sikit lagi........ sikit lagi........

"Mommy! Abang Eiwan tumpahkan milk kat kitchen!" Mengemop satu floor. Ok, almost........ almost........

"Oh mannnnnn.. Eiyan tak sempat.." Basah seluar and toilet mat. Membasuh pulak. Ok, dah siap. On laptop, tarik kerusi....

"Mommy! Eiyan pukul Eiwan dgn Triceratops (haaaa.. Itu nama anak angkat aku yg baru)." Diikuti dgn pekikan dari mak gorilla. Makanya kena masuk mahkamah pulak jadi judge. Sesi mahkamah satu hal. Belum lg drama bila hukuman dijatuhkan. Then sesi kaunseling pulak.

Then duduk balik depan laptop. Baru nak tarik nafas, Cik Leia pulak tarik tangan nak susu. Habis bg susu, machine pulak berbunyi. Keluarkan 1 load masuk another load. Dah tu takkan nak tengok je kain2 tu masuk almari sendiri. So lipat, gantung, bla bla bla. So from satu kerja ke satu kerja, tengok2 dah pukul 9.30 mlm, time utk tidurkan 3 manusia kecik ni. Makanya pergi balik ke laptop, gerakkan cursor ke shut down, terkuburlah satu hari lagi niat nak update blog.

Lately ni time tu mcm makin ada. At least until the boys come back from school la. Lepas tu dlm keadaan rumah yg huru-hara mcm dlm zoo, jgn haraplah aku nak pegang laptop. Leia pun dah pandai masak. Dia masak macaroni from last month tak siap2 lagi. Dah pandai duduk diam2 layan DVD. So ok lah. Usually aku akan habiskan semua basic routines; mandikan kids, buat bento, breakfast, kemas bilik, laundry, before hantar Eiryan to kindy. So after balik tu, aku dah boleh sit down buat kerja lain. Oh aku pun tgh usahakan a small business, so lagilah huru-hara kan. Eh sebelum itu, aku update sikit pasal family aku walaupun takde org tanya. 

1. Tahun ni aku 35 years old young. Perggghhhh mudanyaaaa.. Oh shaddappp.

2. Anak aku dah 3 org. Yup. Jaja yg dulu boleh terfikir boleh pregnant ke aku ni, dah 3 org anak dia. :P Aku ganas dulu. Dengan Taekwondo, berlari, melompat, memanjat pokok, tergolek masuk longkang, main futsal, pendek kata (aku sedar aku tak berapa nak tinggi), segala aktiviti yg tidak mencerminkan keperempuanan aku buat. So mestilah risau. Sampai sekarang, everytime cakap pasal jumlah anak-anak yg aku ada ni dgn Mak, dia mesti keluarkan statement 

"Itulah. Dulu sikit punya risau takut tak boleh pregnant. Haaaa now? Ambik kau." 

Dush kepala sendiri. So Leia tu adalah anak aku yg no. 3. Bukan anak jiran sebelah. Nama penuh Cik Leia, Eiliyah Zahra. Nanti bila aku ada masa aku cerita pasal kehuru-haraan Cik Leia dikeluarkan melihat cahaya dunia. Eceh.

3. Tahun ni tahun ke 6 duduk di negara org (aku tau dah cakap tadi tp saje nak bg post ni nmpak panjang). Eizwan 7 yo. Esok. Yup birthday dia esok tapi Mommy la la la tak fikir nak buat apa lagi. Eiryan 5 yo next month. And my princess Leia this Dec 2 yo.

Semua betul except for Eizwan. ;)

Ok esok or lusa or next year sambung. Nak pg ambik Eiryan. The boys dah balik jangan harap aku nak pegang laptop.

TTFN.