Saturday, May 28, 2016

Malaysia menang


Pelari negara berjaya merangkul hadiah pertama hari ni!

Yatta!

Seperti tahun sebelum ini, sokongan padu telah berjaya diberikan dengan tanpa segan silu. Berpakaian serba biru, pekikan yg mungkin agak memalukan negara telah berjaya dilontarkan tanpa sekelumit timbul bibit penyesalan.

Janji tanggungjawab dah dijalankan. Walaupun Eizwan macam nak menyorok belakang pokok.

Beberapa perkara yg menarik perhatian aku sepanjang berhari sukan di tempat orang,

  1. Setiap tahun warna rumah sukan bertukar. Tahun lepas Eizwan kuning. Tahun ni biru. 2 tahun sekali rumah sukan dirombak. Mungkin nak elakkan mereka yg kuat berkampung di bawah satu rumah.
  2. Waktu persembahan 'gymnastics', yang kurus, yang tinggi, yang renek, yang kembang, semua terlibat. Yang 'semangat' sikit bila sangkut tak naik-naik kakinya, cikgu-cikgu datang tolong dan budak-budak lain tunggu sampai dia boleh buat sambil bersorak 'ganbare'!
  3. Lunch time, semua bentang tikar di tempat-tempat yg disediakan dan satu keluarga berpiknik makan bentou/bekal yg dibawa dari rumah.
  4. Piala ada 1. Seketul tu je setiap tahun. Rumah yg menang sahaja dapat. Mungkin nak menggalakkan semangat sepasukan. Bukan fokus pada kemenangan individu. Tiada medal. Hanya riben buat sendiri. Maknanya apa yg KJ cuba terapkan pada budak-budak naik basikal tu betul. Bersukan bukan untuk hadiah. Bukan kerana RM100 juta yg hilang.
  5. Tidak ada hamper setinggi langit ke 7 sebagai hadiah untuk tukang bagi hadiah.
  6. Ucapan penutup, Guru Besar bagi arahan pada semua untuk tunduk dan ucapkan terima kasih pada mereka di keliling kawasan sekolah kerana bertabah dengan kebisingan.
  7. Parents dikerahkan tolong kemas semua. Buka khemah, angkat simpan segala pekakas, susun kerusi. Sekelip mata semua clear, back to normal.
  8. Sekolah keluarkan arahan semua kena datang dengan public transportations. Tidak dibenarkan bawa kereta persendirian. Tiada pengecualian. So takkan ada dialog "Kau tak kenal aku siapa???" dengan pak guard. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas yg akan mengganggu kejiranan. Semua yg datang ikut peraturan yg ditetapkan termasuklah foreigner 2 orang ni walaupun diselitkan sedikit tipu muslihat. Janji masuk pagar sekolah jalan kaki.

Perkara-perkara baru yg boleh dijadikan teladan. Ehhhhhh siapa cakap semua benda elok je kat sini. Ada juga benda yg aku tak puas hati.

Sini tak ada van Milo free.

Oh. Ada satu lagi benda. Ingat tak budak yg panggil Eizwan 'terrorist' tu? Dia jatuh tersungkur tersagat tergolek dog masa lari tadi. Kesian.

Eh betul lah kesian. Ikhlas ni.

Serious.

Ok. Nak pergi bawa pelari negara celebrate. Nak cari hadiah. Dia nak hadiah durian. Tak agak-agak hadiah.

No comments: