Wednesday, May 13, 2015

School (part I): Intro to sawang

Hello hello!

Tiba2 keinginan utk tulis blog tu dtg balik. Kenapa tah. Maybe sbb baru2 ni my 1st born dah masuk Standard 1. So I really think I should share our experience. Kalau takde org nak baca pun at least utk aku baca bila aku dah muda balik nnti.

STANDARD ONE??!! Damn.

Dah sebulan lebih Eizwan start sekolah. Sini sesi persekolahan start bulan April. So kids yg lahir January to March that year akan masuk sesi yg sebelum tu. Satu lagi pengalaman baru di bumi Jepun ni. Aku tau aku kena tulis pengalaman duduk kat sini. Everytime ada big event aku mesti gatal mulut pg ckp dekat Ezzy, 

"I think I should write this in my blog.." 

dan disahut dgn "Dah banyak kali ckp mcm tu kot..". 

Cis. Ni dah masuk tahun ke 6 duduk kat tempat org tapi blog still bersawang. Haih. But kat mana aku nak korek masa utk duduk mengadap laptop ni? Dari hari ke hari aku cuba sebenarnya. One word a day pun jadilah. Hampas. Everyday aku berangan, 

"Ok, make sure hari ni siapkan semua kerja cepat then boleh sit down tulis blog.." 

Who am I kidding?? Siapkan kerja?? Pernah siap ke?? Memang taklah. Dah banyak kali kena tipu. Nampak mcm dah nak habis......... sikit lagi........ sikit lagi........

"Mommy! Abang Eiwan tumpahkan milk kat kitchen!" Mengemop satu floor. Ok, almost........ almost........

"Oh mannnnnn.. Eiyan tak sempat.." Basah seluar and toilet mat. Membasuh pulak. Ok, dah siap. On laptop, tarik kerusi....

"Mommy! Eiyan pukul Eiwan dgn Triceratops (haaaa.. Itu nama anak angkat aku yg baru)." Diikuti dgn pekikan dari mak gorilla. Makanya kena masuk mahkamah pulak jadi judge. Sesi mahkamah satu hal. Belum lg drama bila hukuman dijatuhkan. Then sesi kaunseling pulak.

Then duduk balik depan laptop. Baru nak tarik nafas, Cik Leia pulak tarik tangan nak susu. Habis bg susu, machine pulak berbunyi. Keluarkan 1 load masuk another load. Dah tu takkan nak tengok je kain2 tu masuk almari sendiri. So lipat, gantung, bla bla bla. So from satu kerja ke satu kerja, tengok2 dah pukul 9.30 mlm, time utk tidurkan 3 manusia kecik ni. Makanya pergi balik ke laptop, gerakkan cursor ke shut down, terkuburlah satu hari lagi niat nak update blog.

Lately ni time tu mcm makin ada. At least until the boys come back from school la. Lepas tu dlm keadaan rumah yg huru-hara mcm dlm zoo, jgn haraplah aku nak pegang laptop. Leia pun dah pandai masak. Dia masak macaroni from last month tak siap2 lagi. Dah pandai duduk diam2 layan DVD. So ok lah. Usually aku akan habiskan semua basic routines; mandikan kids, buat bento, breakfast, kemas bilik, laundry, before hantar Eiryan to kindy. So after balik tu, aku dah boleh sit down buat kerja lain. Oh aku pun tgh usahakan a small business, so lagilah huru-hara kan. Eh sebelum itu, aku update sikit pasal family aku walaupun takde org tanya. 

1. Tahun ni aku 35 years old young. Perggghhhh mudanyaaaa.. Oh shaddappp.

2. Anak aku dah 3 org. Yup. Jaja yg dulu boleh terfikir boleh pregnant ke aku ni, dah 3 org anak dia. :P Aku ganas dulu. Dengan Taekwondo, berlari, melompat, memanjat pokok, tergolek masuk longkang, main futsal, pendek kata (aku sedar aku tak berapa nak tinggi), segala aktiviti yg tidak mencerminkan keperempuanan aku buat. So mestilah risau. Sampai sekarang, everytime cakap pasal jumlah anak-anak yg aku ada ni dgn Mak, dia mesti keluarkan statement 

"Itulah. Dulu sikit punya risau takut tak boleh pregnant. Haaaa now? Ambik kau." 

Dush kepala sendiri. So Leia tu adalah anak aku yg no. 3. Bukan anak jiran sebelah. Nama penuh Cik Leia, Eiliyah Zahra. Nanti bila aku ada masa aku cerita pasal kehuru-haraan Cik Leia dikeluarkan melihat cahaya dunia. Eceh.

3. Tahun ni tahun ke 6 duduk di negara org (aku tau dah cakap tadi tp saje nak bg post ni nmpak panjang). Eizwan 7 yo. Esok. Yup birthday dia esok tapi Mommy la la la tak fikir nak buat apa lagi. Eiryan 5 yo next month. And my princess Leia this Dec 2 yo.

Semua betul except for Eizwan. ;)

Ok esok or lusa or next year sambung. Nak pg ambik Eiryan. The boys dah balik jangan harap aku nak pegang laptop.

TTFN.

Wednesday, March 25, 2015

Dulu aku tak tau

Kegembiraan seorang ibu dan ayah menerima 
perkhabaran cahaya mata pertama.
Dulu aku tak tau.

Kesengsaraan seorang ibu membawa kandungannya 
selama 9 bulan dan melahirkan nyawa.
Dulu aku tak tau.


Kepayahan seorang ayah ke hulu ke hilir mengendong 
membesarkan seorang permata.
Dulu aku tak tau.


Kepenatan seorang ibu dan ayah mencari rezeki untuk
sediakan yg terbaik untuk anaknya.
Dulu aku tak tau.

Kerisauan siang dan malam seorang ibu apabila anaknya
sakit melanda.
Dulu aku tak tau.

Ketakutan seorang ayah apabila anaknya
leka di luar sana.
Dulu aku tak tau.

Kemarahan seorang ibu dan ayah apabila anaknya
melakukan perkara yg bakal merosakkan masa depannya.
Dulu aku tak tau.

Kesedihan seorang ibu dan ayah apabila anaknya
menghiris hati mereka dengan perbuatan dan kata-kata.
Dulu aku tak tau.

Kelegaan seorang ibu dan ayah apabila anaknya
menjadi seorang insan akhirnya.
Dulu aku tak tau.

Kesyukuran seorang ayah apabila anaknya
menundukkan kepala sujud kepada Maha Pencipta.
Dulu aku tak tau.

Hari ini umur aku 35 tahun.
Aku juga seorang ibu.
Akhirnya aku tau.

Mak dan Ayah.
Terima kasih untuk semuanya.
Ampunkan segala yang terluka.
Halalkan yang menjadi darah dan daging ja.

Doa ja sentiasa semoga Allah SWT memelihara Mak dan Ayah sebaik-baiknya dunia dan akhirat sepertimana Mak dan Ayah 35 tahun dulu memegang erat seorang cahaya mata yang pertama.

Sunday, April 28, 2013

Kerana Politik

Kerana politik,
sahabat tidak bertegur sapa.

Kerana politik,
saudara seagama mendoakan cacat cela.

Kerana politik,
bidadari lupa malunya.

Kerana politik,
bidadara hilang gentleman nya.

Kerana politik,
aib berada di mana-mana.

Kerana politik,
maki hamun santapan biasa.

KERANA POLITIK.



Cepatlah 5 Mei. Semoga semua rapat semula.



Saturday, February 25, 2012

Wah wah!

Wah wah wah! Jaja update blog dia lagi? Hahaha.. Aku rasa selama ni aku susah sgt nak update blog sbb byk sgt fikir. Lepas tu berangan nak tulis panjang2. This time aku nak try cara lain. Aku nak tulis apa yg aku terfikir, pendek ke panjang ke, berfaedah ke tak ke, aku nak belasah. Coz u know why? I also dont know why. :)


Malam tadi, after few days teringin, finally Ezzy belikan. Semua orang dah tau kot. Ni namanya takoyaki.

Tako = Octopus
Yaki = Baked

Lebih kurang mcm tulah. So kalau yang inti dalam tu udang seperti yg telah diubahsuai kat Msia, janganlah hina Encik Octopus dgn memanggil takoyaki. Kesian dia..


Errrgghhh.. Aku tengok gambar pun aku geli. Actually, everytime makan takoyaki ni, aku akan operate dia dulu. Korek bg octopus tu keluar dulu. So basically aku makan tepung je lah. Saya makan sotong bukan sotong kurita. If one day Ezzy gatal2 bawa balik octopus ni suruh masak, akan ada satu decoration baru kat dinding rumah. Sama ada octopus or Ezzy yg melekat kat situ.


Apa2 pun, takoyaki ni sedap. A must try. Atas tu letak mayonis and satu jenis ikan. Yg mcm serbuk kayu kat atas tu actually sejenis ikan. And bila kita taburkan atas takoyaki ni time panas2, serbuk kayu ni (aku yg panggil benda alah ni serbuk kayu) mcm bergerak2. First time Ezzy tunjuk, boleh expectlah aku punya melompat mcm mana. Mana taknya. Dalam kepala belum hilang pasal octopus kat dalam tu, tiba2 ada pulak benda yg gerak2 kat atas. Ya, aku mmg senang melompat and sgt tak adventurous when it comes to food testing. Kalau masuk Fear Factor ke Amazing Race, part yg makan2 ni confirm aku surrender dulu. Kau suruhlah aku buat benda lain. Tidur dengan ular ke, berenang dengan tikus ke, semua pun aku tak buat jugak. Duduk rumah lagi bagus..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, February 23, 2012

Resolution?

Eeee.. Baru je rasa wish semua org New Year, now dah middle of Feb! Cepatnya! Aku punya azam x start apa pun lagi. Ya! Jaja ada azam. Jaja pun pelik mcm mana this year dia boleh ada azam. At the age of 32, I finally decided to have a resolution. Dah terlambat? Suka hati betalah.. Muahaha.. Well actually I consider it as an experiment. An experiment to see how far would I go to make sure this resolution termakbul by end of this year. It's a self-test. Here goes..

FINISH READING AT LEAST 20 BOOKS BY 31ST DECEMBER 2012!

Yea I know. To some of u 20 tu sikit je. But for me, after having 2 kids ni, nak habiskan 1 buku pun merangkak. Jangankan nak baca buku, mandi pun tak basah, makan pun belasah. Tapi aku still mandilah. Dulukan, masa zaman before aku kahwin, bila tengok wanita2 (eceh wanita) yg ada anak2 ni, serabut, tak terurus, tak maintain, kelam-kabut, aku yg evil ni siap mengucap panjang. Masya Allah, apa yang teruk sgt jaga anak sampai muka kau tak boleh blah. Kelam kabut, serabut, rambut mcm sabut, segala 'but' lah. Muka dah brp lama x pakai moisturiser. Ish! So aku pun berazam, when it's my turn to get married and have kids, I'll make sure everything, including myself, maintain 'a good view' to look at. Tapi...... Tuhan Maha Kaya. Kalau aku dapat sikat rambut before keluar pun dah cukup bagus. Moisturiser? Apa tu? Kek ke? Serves me right. Cakap orang lagi..

Ok back to my resolution. I want to see what 20 books can do to me. Will I be a different person? Will it change my way of thinking? Maybe.. But buku yg dipilih tu mestilah yg membina. Bukan buku yg bawa aku berkhayal di awan biru. So currently I'm reading this..


Ambik kau! :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 11, 2012

2012

Wow! Dah 11 hari kita kat 2012 and aku tak start buat apa2 lagi! Jangan kata nak start, list nak buat apa this year pun belum ada. Talking about New Year Resolution, huh? Kena ada ke New Year Resolution ni? Rasa macam sama je. Every end of December semua kelam kabut nak ada azam baru. Then tup tup dah bulan 11, nak masuk another new year. List azam baru satu pun tak bergerak. Makanya azam baru akan direcycle untuk kali ke-18. So this year aku punya azam tahun baru adalah menggerakkan azam-azam 18 tahun lepas. Hehe.. 



Gambar Tokyo Tower lagi?? Gambar wajib every year. Dah tak tau nak pergi mana nak celebrate New Year kat sini. Apparently, Japanese tak celebrate New Year dengan fireworks sana sini macam kat Malaysia. Pelik jugak. Maybe sebab sejuk? Ennnnntaaaahhhlaaaa.. Nanti aku dah boleh cakap Jepun aku tanyakan.. Sementara tu kita telan sajelah kebosanan ini sama-sama..


Eizwan Zarith a.k.a Si Kerinting
Wow! Dah 2012 and aku dah ada anak 2! Rasa macam baru je semalam keluar sekolah. Tau-tau je dah ada Si Kerinting and Si Bambam ni. Eizwan tahun ni 4 tahun and Eiryan 2 tahun. Mak diorang tak payah tanya berapa tahun. Bertahun-tahun dah. Eizwan tahun ni insya Allah akan masuk tadika. Dah besar dah anak aku ni. Adalah rasa reluctant sikit nak masukkan dia sekolah sebab rasa mcm dia kecik lagi. Tapi Ezzy cakap baik masukkan dia sekarang, bagi dia ample time utk catch up Japanese. Hari tu dah pergi tengok sekolah dia. Dia punyalah excited sampai banyak kali 'pengsan'. Aku and Ezzy dah x tau nak explain apa kat cikgu tu. Yup, anak aku memang drama king. As for me, mixed feelings. Yelah anak nak masuk sekolah. Nak serahkan anak pada orang lain jaga and didik. Selama ni dia dengan aku 24 hours. Berperang tunggang-langgang kitorang bertiga kat rumah ni. Maka bermulah satu lagi chapter baru dalam hidup aku. From what I heard, sekolahkan anak-anak kat Jepun ni pun kena main politik. Kalau silap langkah, anak kita akan jadi mangsa buli dan dipulaukan, a nightmare for every mother. I was told that mothers have to play a role in making sure their kids get into 'the group'. Kena baik-baik or buat-buat baik dengan mak-mak yang lain. Kena beraktiviti bersama-sama. Minum-minum petang. Tukar-tukar kek..........

I AM SO DEAD!

Eiryan Zarith a.k.a Si Bambam
Ok first, aku nak cakap dengan jiran sebelah Happy New Year pun aku fikir 18 kali and memang sampai aku pindahlah tak terwish. Nak beli ikan sayur pun still tarik tangan Ezzy. Bukannya aku tak pernah try cakap, of courselah pernah, diorang je macam tak faham. Hehe. Second, aku tak pandai nak buat kek-kek ni lah! Nak buat kek nak bagi orang konon, husband sendiri teringin nak makan pun aku suruh beli kat kedai. Perlu ke nak tukar-tukar kek ni. Tukar benda lain tak boleh? Aku ada banyak tupperware kosong yang aku sakit mata tengok colour tak match kat rumah ni kalau nak. Nak ambik terus pun takpe. Ish, anak yang nak sekolah, aku yang stress. Takpe.. Aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk belajar membuat kek sampai jadi kek if that what it takes to make sure Eizwan happy di sekolah. Kita tengok je lah nanti..

Wow! Dah lama aku tak update blog! Hahaha.. Aku kan suka buat-buat busy.. Later alligator!

Thursday, March 17, 2011

Life goes on..

Woke up pretty early today.. Nak get ready apa2 yang patut before they cut off electricity at our area, scheduled from 12:20 pm till 4:00 pm.. Bright and sunny day outside but still a bit windy, sejuk.. Sambil2 bagi makan Eiryan, tengok tv.. One channel was showing the list of evacuees and the evacuation center where they at right now..


Hmm.. Sekali lagi aku bersyukur.. I cannot imagine how it would feel like if I have to look at the list, everyday, searching and hoping to see my loved ones' names.. As of today, the number of victims has increased to 13,000 people, I think.. It has been 7 days, chances to survive under this cold weather semakin tipis.. Salji turun the whole day at the affected area, making it harder for the rescue team to search for survivors.. But tengok muka sorang2, they are just not ready to give up.. Not yet..

12:30 pm, electricity start tak ada.. Since hari ni sejuk, aku and Eiryan main guling2 lagi dalam selimut.. So basically nothing much today, just a quick update
- no more aftershocks had 2 just now around 10:30 pm..
- people still stocking up their food eventhough government dah announce that food supplies are sufficient for everyone.. It's just the focus is now more on sending food to the affected area so other area lambat sikitlah sampai..
- Fukushima Nuclear Power Plant? Hari ni translator pergi kerja.. So aku tak faham apa hero aku ni cakap..


Pasal nuclear tu, since day 1 lagi dia ni lah yang akan selalu update kat press conference.. Kesian tengok dia.. Asyik kena belasah je dengan reporter semua.. Mesti tak tidur2 lagi.. Penat nak menjawab soalan2 maut.. Everyday kalau aku nak tau hari tu punya progress macam mana, aku judge based pada dia berpeluh sikit ke banyak..
- tv pun dah slowly back to normal.. Tak adalah macam last few days, every channel tunjuk update pasal earthquake and tsunami.. But commercial break still tunjuk the same advertisements by Japan AC (Advertising Council).. AC ni memang dipertanggungjawabkan untuk come out dengan iklan2 untuk naikkan moral values and spirits during crisis macam ni.. Tengah2 gelak tengok japanese comedy show tadi, earthquake warning masuk.. Maybe dah terlampau banyak, dah agak immune.. Gegar kejap, then la la la.. Hopefully after this tak adalah yang major ones.. Insya Allah..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Doa Abu Darda'

I'm not an expert but just want to share something that hopefully can help to ease our mind during this difficult time..


"Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.."

"O Allah, You are my Lord, there is no god but You, I put my trust in You, You are the Lord of the Mighty Throne. Whatever Allah wills will happen and what He does not will, cannot happen. There is no power or strength except with Allah, the Exalted, the Mighty. I know that Allah has power over all things, and Allah comprehends all things in knowledge. O Allah, I seek refuge with You from the evil of myself and from the evil of all creatures under Your control. Surely the straight way is my Sustainer’s way.."

Diriwayatkan dari Thalaq Bin Habib, seorang lelaki telah datang kepada Abu Darda’ lalu berkata, "Wahai Abu Darda’, saya lihat rumahmu telah terbakar!"

Abu Darda menjawab dengan penuh keyakinan, "Bukan rumahku, Allah SWT tidak akan membenarkannya kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya sehingga petang. Dan barangsiapa yang membaca doa ini pada waktu petang, maka terhindarlah dia dari bencana sehingga ke pagi.."

Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini.."

Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara..

6 Days Later..

Today is the 6th day of the unforgettable event.. I've been meaning to write about it eversince the day it all started.. I was waiting for the right time and the right words to tell one experience that marked another chapter in my life.. But 6 days have gone by and I still haven't got a clue how to start.. Maybe I should start by updating about what's happening today.. Takut nanti by the time I can sit down and write, I'll be out of words again.. Hari ni sejuk sikit dari biasa.. At the time I'm writing this, the earth is moving again.. Hari ke-6 but aftershocks masih boleh tahan kuatnya..

Belakang rumah aku ni sekolah rendah.. Selalunya pagi2 akan kedengaran suara budak2 jepun ni gelak, menjerit sambil berlari.. Few days after the tragedy, senyap sunyi je belakang ni.. But pagi tadi suara budak2 sekolah bermain di padang sekolah kembali kedengaran.. Berlari gembira like they used to.. And I'm glad..

Hari ni angin kuat.. Kuat sangat dari biasa.. Takut jugaklah bila dengar bunyi dia yang macam nak tercabut bumbung kat luar tu.. But alhamdulillah tak ada apa..

Now tengah bunyi siren kat luar.. Time2 macam ni bila dengar bunyi siren police ke ambulance ke bomba, ada rasa takut sikit.. Hopefully tak ada apa..

Around 12:50 pm tadi, ada satu aftershock yang agak kuat and boleh tahan dekat dengan our place.. Magnitude 6.0, epicentre Chiba.. Less than 100 kms from our place.. Usually right before the quake, there will be an earthquake warning kat tv.. Tengah2 tengok tv then ada satu bunyi akan interrupt menandakan there's another quake coming in few seconds.. Announcer akan bagitau epicenter kat mana.. So people staying nearby that area kena standby.. Then tunggu je la bila dia nak gegar.. Itu kalau nasib baik la.. Kalau ada nasib yang tak baik, tak dapat warning apa2, tiba2 rumah goyang.. Takut? Of course takut.. But rasanya takut lagi orang yang kat Sendai..

Following after the major earthquake, Fukushima I Nuclear Power Plant was said to be unstable.. Cerita tentang ni sangat panjang and I think most of u pun dah dengar macam2.. As for today, radiation level is still said not harmful to health.. But due to that mishap, TEPCO (Tokyo Electric Power Company), the company that owns the nuclear plant, terpaksa membuat catuan bekalan elektrik berperingkat.. Since few reactors tengah unstable now ni, so tak cukup power nak supply pada semua area.. Since hari Isnin hari tu kitorang dah dapat jadual bila area masing2 akan kena cut off.. Tak lama.. Sekali cut off dalam 3 to 4 hours je.. Takpela.. Sama2 susah.. So 2 hari tu kitorang pun beriya check schedule yg dia bagi tapi tak potong la pulak.. So hari ni, kitorang take for granted TEPCO dah repair kot.. Makanya tidaklah check cut off time for our area.. Padanlah muka.. Tercengang2 bila tiba2 tak ada electric.. Dari 3:20 pm sampai pukul 6:20 pm.. Air pun tak ada.. That part aku pun tak faham kenapa.. And time2 macam ni lah, boleh gatal nak pergi toilet.. Makanya tak pasal2 dapat experience pergi toilet dengan menggunakan torchlight.. Nasib baik air tergerak hati nak tadah dalam bath tub 2 hari lepas.. Takpela.. At least aku still ada toilet..





Oklah.. Nak tidur dah ni.. Banyak lagi nak cerita tapi dah pukul 12:30 am.. Esok Ezzy kerja.. Doakanlah tak ada apa2.. Isnin Ezzy tak pergi sebab train masih belum jalan.. Then Selasa dia pergi coz katanya nak ada briefing pasal ni.. Hari ni tak sebabnya aku pun tak sure.. So esok dia kata dah lama tinggal office.. Kalau Ezzy ada kat rumah, rasa safe sikit.. But bila dia tak ada, hmm.. Takpelah.. Sekurang2nya aku masih ada Ezzy.. Dia pergi office je pun.. Insya Allah tak ada apa..





Esok katanya ada power cut off lagi area sini.. Nasib baik siang.. Tak perlulah aku nak kena bergelap.. Tapi best jugak.. Macam tadi kitorang bertiga main guling2 dalam selimut.. Since dah tak ada apa yang boleh buatkan.. Seronok! Berlampukan torchlight yang aku sangat kagum.. Magnet boleh melekat kat tiang lampu tu.. Terror kan?




Dalam diam2 tu aku terfikir macam manalah keadaan mereka yang berada di Sendai and area lain yang affected tu..? Dengan tak ada electric, air, food.. Tidur dalam kesejukan coz rumah semua dah hancur.. Maka sekali lagi aku bersyukur dengan sehelai selimut yang masih mampu memanaskan kami bertiga tadi.. Alhamdulillah.. Apa sangat yang kami lalui compare to those yang menggigil kesejukan, kelaparan.. In the same time masih menunggu berita from their loved ones.. Hmmm.. Once again, alhamdulillah..

Good nite.. Take care..

Wednesday, December 1, 2010

December 2010

Wooohoooo.. Dah December..!!! Dah almost setahun aku tak update blog! Ingat nak buat record setahun tapi takpela.. Hahaha.. So many things to update.. Where should I start.. Hmm.. In my last entry I was 4 months pregnant kot. So boleh agakla kan now my family member dah bertambah seorang lagi..

Eiryan Zarith Bin Ezzy Ismail

Nak cakap "Introducing.. bla bla bla.." pun cerita dah basi.. Hehe.. Now Eiryan Zarith dah 5 months 2 weeks..  Hari Isnin (29 November) hari tu dah start bagi dia makan solid food.. At first dia reject la coz Mommy dia masak bubur nasi tawar.. Hehe.. Semalam barang2 yg my parents post baru smpai, dalam tu ada Nestle Cereal so tadi tryla bagi and dia suka.. ;) Siap mengamuk bila lambat sikit suap.. Tak senonoh perangai Si Bam Bam ni.. Eizwan Zarith pulak dah 2 years 6 months.. Dah panjang akal.. Pening nak layan..

Eizwan Zarith Bin Ezzy Ismail


So now aku ni aku dah ada title 'mother of two'.. Heh heh.. Mcm mana rasa? Hmm.. Sangat mencabar.. Part ni nantilah aku cuba cerita later.. I think I need to stop now.. Cukuplah setakat ni for my first entry after the long silence.. ;) Before I go, ni gambar budak 2 orang ni..

The Zarith brothers..
Oh ya.. Aku still kat sini.. ;)